Selasa, 20 Jun 2017 | 12:05am
PLANNING Analyst (penganalisa kewangan), Fadzilah Ahmad, 41. - Foto NSTP/Khairul Helmy Mohd Din
PLANNING Analyst (penganalisa kewangan), Fadzilah Ahmad, 41. - Foto NSTP/Khairul Helmy Mohd Din
PLANNING Analyst (penganalisa kewangan), Fadzilah Ahmad, 41(kiri) membuat kuih raya bersama anaknya, Aleya Zara Noorizan, 9 (dua dari kanan) dan Airis Zulaiqa, 6 di Damansara Perdana. - Foto NSTP/Khairul Helmy Mohd Din

Tradisi buat kuih raya

DALAM kesibukan umat Islam mengunjungi bazar Ramadan dan pasar malam untuk membeli kuih raya sebagai juadah di Aidilfitri, masih terdapat di antara mereka membuatnya sendiri.

Lazimnya, menghasilkan sendiri biskut raya lebih memberi kepuasan, menjimatkan kos selain mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Justeru, cuti di hujung minggu dimanfaatkan untuk menghasilkan biskut raya bersama anak, berikutan masing-masing terikat komitmen tugas dan aktiviti sekolah pada hari biasa.

Bagi penganalisis kewangan, Fadzilah Ahmad, 41, sudah menjadi tradisi keluarga kecilnya, biskut raya dihasilkan sendiri bersama ketiga-tiga anaknya yang masing-masing berusia antara enam hingga 11 tahun.

Beliau berkata, aktiviti berkenaan hanya dapat dilakukan hujung minggu kerana itu saja masa terluang untuk membuat persediaan Aidilfitri.

PLANNING Analyst (penganalisa kewangan), Fadzilah Ahmad, 41(kanan) membuat kuih raya bersama anaknya, Aleya Zara Noorizan, 9 (kiri) dan Airis Zulaiqa, 6 di Damansara Perdana. - Foto NSTP/Khairul Helmy Mohd Din

PLANNING Analyst (penganalisa kewangan), Fadzilah Ahmad, 41(dua dari kanan) membuat kuih raya bersama anaknya, Aleya Zara Noorizan, 9 (kanan) dan Airis Zulaiqa, 6 di Damansara Perdana. - Foto NSTP/Khairul Helmy Mohd Din

Atur jadual

Dari minggu pertama Ramadan, Fadzilah mengatur jadual membuat biskut dalam anggaran masa dua hingga tiga jam, selain ada antaranya yang ditempah keluarga dan rakan sepejabatnya.

"Bukan tidak pernah membeli biskut raya daripada orang lain tetapi saya lebih gemar membuatkannya sendiri kerana boleh kawal sendiri bahan, cita rasa dan paling penting, ia baru saja dihasilkan.

"Apabila kita membuat sendiri, kita boleh mengurangkan penggunaan gula, menggunakan mentega berkualiti dan mengajar anak menghasilkan biskut buatan tangan," katanya.

Biskut raya popularnya adalah biskut tat nanas, semperit, cip coklat, brownies, aneka kek, kek cawan yang dibuat bersama dua anak perempuannya, Airis Zulaiqa Noorizan, 6, dan Aleya Zara , 9, selain anak sulung lelakinya yang berusia 11 tahun.

Beliau berkata, dari usia anaknya empat tahun lagi, mereka didedahkan cara membuat biskut dan kek dan hingga kini mereka sendiri menawarkan diri untuk membantu setiap kali melihatnya di dapur.

PLANNING Analyst (penganalisa kewangan), Fadzilah Ahmad, 41(dua dari kanan) membuat kuih raya bersama anaknya, Aleya Zara Noorizan, 9 (kanan) dan Airis Zulaiqa, 6 di Damansara Perdana. - Foto NSTP/Khairul Helmy Mohd Din
PLANNING Analyst (penganalisa kewangan), Fadzilah Ahmad, 41(dua dari kanan) membuat kuih raya bersama anaknya, Aleya Zara Noorizan, 9 (kanan) dan Airis Zulaiqa, 6 di Damansara Perdana. - Foto NSTP/Khairul Helmy Mohd Din

"Seronok apabila kami sekeluarga berkumpul, meluangkan masa berkualiti bersama sambil menyiapkan biskut sebagai persediaan lebaran yang bakal tiba ini.

"Secara tidak langsung dengan aktiviti sebegini, hubungan keluarga bertambah akrab, berikutan masing-masing mempunyai peranan dan membuatkan lebih cepat sesuatu dapat disiapkan," katanya.

Punyai peralatan sendiri

Beliau yang tinggal di Damansara Perdana, memegang prinsip aktiviti bersama sedemikian penting dalam meningkatkan kemahiran halus anaknya.

"Saya sentiasa menyokong dan menggalakkan minat mereka kerana tahu kemahiran membuat biskut, memasak, mengemas dan membersihkan setiap kerja penting.

"Jadi untuk tujuan itu, setiap anak mempunyai peralatan membuat kuih seperti penggelek, senduk, pelapik doh dan acuan sendiri," katanya yang kebiasaan memberikan kebebasan kepada si anak menekap saiz biskut mereka.

PLANNING Analyst (penganalisa kewangan), Fadzilah Ahmad, 41(kiri) membuat kuih raya bersama anaknya, Aleya Zara Noorizan, 9 (dua dari kanan) dan Airis Zulaiqa, 6 di Damansara Perdana. - Foto NSTP/Khairul Helmy Mohd Din
PLANNING Analyst (penganalisa kewangan), Fadzilah Ahmad, 41(kiri) membuat kuih raya bersama anaknya, Aleya Zara Noorizan, 9 (dua dari kanan) dan Airis Zulaiqa, 6 di Damansara Perdana. - Foto NSTP/Khairul Helmy Mohd Din

Katanya, perkara yang dipraktikkan adalah tangan perlu dibersihkan sebelum memegang adunan, memakai apron dan menekap biskut dengan kemas.

"Selalunya saya akan asingkan biskut yang mereka hasilkan dalam bekas khas, selebihnya dimasukkan dalam balang kuih," katanya yang bakal beraya di rumah keluarga di Bangsar, Kuala Lumpur.

Kongsi ilmu

Fadzilah berkata, paling penting apabila menghasilkan biskut beliau boleh mengurangkan rasa manis yang tidak elok pada kesihatan tubuh.

"Tidak dinafikan kita akan gembira melihat hasil tangan sendiri yang cantik, terjamin kebersihan dan baru disediakan berbanding di luar yang tidak tahu bila masa ia dibuat, kandungan bahan dan lain-lain," katanya.

Kemahiran membuat biskut raya diperoleh daripada ibu saudaranya yang tidak lokek memperturunkan ilmu seperti menyediakan aduan, mengayak tepung, membentuk doh dan dekorasi.

ALEYA Zara Noorizan, 9 (kanan) dan Airis Zulaiqa, 6 membuat kuih raya di Damansara Perdana. - Foto NSTP/Khairul Helmy Mohd Din
ALEYA Zara Noorizan, 9 (kanan) dan Airis Zulaiqa, 6 membuat kuih raya di Damansara Perdana. - Foto NSTP/Khairul Helmy Mohd Din

"Dari kecil saya sudah diajar membuat biskut, membuatkan ia menjadi perkara wajib setiap kali Aidilfitri, malah ada ketikanya dihasilkan pada bukan musim perayaan.

"Misalnya, kek hari lahir akan dihasilkan sendiri dan anak akan membuat dekorasi, topping kegemaran dan rasa kek yang mereka inginkan," katanya.

Rakan anaknya kerap dijemput datang ke rumah bagi meraikan sambutan hari lahir anaknya, selain turut diajar membuatkan kek cawan sendiri.

"Seronok, teruja apabila masing-masing diberi peluang menghias kek cawan sendiri dan membawanya pulang ke rumah, anak gembira, kawannya pun sama," katanya.

Sementara itu, Aleya Zara berkata, minatnya yang mendalam dalam pembuatan biskut raya, memberikannya kepuasan tersendiri dan berasa seronok apabila dapat membantu ibunya.

PLANNING Analyst (penganalisa kewangan), Fadzilah Ahmad, 41bersama anaknya, Aleya Zara Noorizan, 9 (kanan) dan Airis Zulaiqa, 6 membuat kuih raya di Damansara Perdana. - Foto NSTP/Khairul Helmy Mohd Din

"Saya dan adik membantu ibunya dengan kerelaan kerana begitu meminati kerja tangan halus seperti dekorasi kerana setiap usaha satu bentuk pembelajaran.

"Ini adalah cara kami membantu ibu, belajar menghasilkan biskut kerana tidak hanya tahu menikmati tetapi turut belajar melakukannya sendiri.

"Lagipun tidak rugi belajar dan membiasakan diri di dapur kerana saya berpeluang membantu Mama, mendalami kemahirannya dan meluangkan masa bersama," katanya paling gemar membuatkan cip coklat dan semperit.

Cuci sendiri peralatan

Katanya, menghasilkan biskut raya sendiri bukan saja menyeronokkan tetapi turut menyemarakkan lagi persiapan perayaan selain dapat menyajikan air tangan sendiri kepada tetamu.

"Biasanya kami akan mencuci sendiri peralatan yang digunakan dan mengemas kembali meja kerana itu satu bentuk disiplin iaitu apabila sudah digunakan, kita perlu membersihkan kembali," katanya.

Selain gemar melakukan aktiviti dapur bersama, keluarga ini kerap meluaskan masa bersama seperti berenang, menonton filem seisi keluarga.

INFO: Tip tidak menyepahkan dapur

  • Rancang biskut yang ingin dibuat

  • Sediakan sendiri aduan

  • Sediakan peralatan mencukupi

  • Alas dengan pelapik supaya tidak menyepahkan ruang dapur

  • Pastikan peralatan tajam, panas jauh daripada jangkauan kanak-kanak.
  • Berita Harian X