Selasa, 20 Jun 2017 | 12:00am
ATLET bola jaring negara, Siti Norfarhana Mustafa. - Foto Luqman Hakim Zubir
ATLET bola jaring negara, Siti Norfarhana Mustafa. - Foto Luqman Hakim Zubir

Norfarhana korban cuti demi negara

Lebih 0.8 hektar kawasan hutan berhampiran stesen bawah keretapi funikular Bukit Bendera dilaporkan terbakar pada tengah malam tadi. - Ihsan Bomba
Lebih 0.8 hektar kawasan hutan berhampiran stesen bawah keretapi funikular Bukit Bendera dilaporkan terbakar pada tengah malam tadi. - Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR: Pemain bola jaring kebangsaan, Siti Norfarhana Mustafa, gemar bercuti tempat menarik di luar dan dalam negara termasuk Australia, Hong Kong, New Zealand, Singapura dan Thailand jika ada masa terluang dan cuti panjang.

Bagaimanapun, gadis tinggi lampai itu menegaskan beliau jarang dapat pergi bercuti sekarang latihannya yang padat menjelang pemilihan pemain bola jaring untuk mewakili Malaysia ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pada Ogos nanti.

Norfarhana, 24, berkata kebiasaannya kalau ada cuti hujung minggu dia tidak ke mana-mana kerana mahu berehat di asrama untuk memulihkan kembali tenaga selepas penat berlatih lima hari seminggu.

"Kalau setakat cuti sehari dua memang saya tidak dapat balik bertemu keluarga di kerana mereka menetap di Besut, Terengganu, manakala saya pula tinggal di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Yakin strategi jurulatih

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana jurulatih membenarkan kami pulang berhari raya bersama keluarga mulai 24 Jun dan perlu kembali menjalani latihan pada raya ketiga di sini," katanya ketika ditemui BH Sukan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Norfarhana mengakui kehadiran jurulatih Tracie Robinson, dari Australia, banyak membantu meningkatkan tahap kecergasan dan taktikal pemain bola jaring kebangsaan sekarang.

Beliau juga yakin strategi dan taktikal diterapkan Robinson mampu melonjakkan pencapaian skuad negara di KL2017 nanti.

"Strategi dan taktikal diterap Robinson sudah terbukti dapat membantu Malaysia muncul juara di Kejohanan Bola Jaring Asia di Bangkok, tahun lalu.

"Justeru, saya percaya strategi diterapkan Robinson mampu membantu Malaysia muncul juara di KL2017 selepas kita kalah tipis di tangan Singapura di aksi final dua tahun lalu," katanya.

Profil

  • Siti Norfarhana Mostafa
  • Tarikh lahir: 29 April 1993 (24 Tahun)
  • Asal: Besut, Terengganu
  • Kerjaya: penuntut Ijazah Pertama Pendidikan Jasmani di UPM
  • Sukan: Bola jaring (posisi GK)
Berita Harian X