Sabtu, 10 Jun 2017 | 12:14am
PENGURUS Restoran Pak Man Resipi, Rusdi Alibasa menunjukkan cara memakan ambuyat menggunakan candas. - Foto Mohd Nazllie Zainul
PENGURUS Restoran Pak Man Resipi, Rusdi Alibasa menunjukkan cara memakan ambuyat menggunakan candas. - Foto Mohd Nazllie Zainul

Ambuyat berlauk menu istimewa Ramadan

KOTA KINABALU: Ambuyat dimakan bersama kuah ikan rebus kuning, ikan ampap, jeruk bambangan dan ulam-ulaman dengan sambal belacan untuk berbuka.

Kedengaran pelik namun menu itu bukan sesuatu yang asing bagi masyarakat etnik Brunei di Sabah khususnya setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Ambuyat adalah sejenis hidangan makanan yang diambil daripada bahagian dalam batang pokok sagu sebelum diproses menjadi tepung sagu dan dibancuh menggunakan air panas, sebelum dimakan bersama pelbagai lauk sampingan.

AMBUYAT yang disajikan di restoran Pak Man Resipi dimakan kangkung tumis belacan, ikan basung, ikan basung goreng, buah bambangan dan dua jenis sambal belacan. - Foto Mohd Nazllie Zainul
AMBUYAT yang disajikan di restoran Pak Man Resipi dimakan kangkung tumis belacan, ikan basung, ikan basung goreng, buah bambangan dan dua jenis sambal belacan. - Foto Mohd Nazllie Zainul

Bagaimanapun, warga bandar raya ini yang mahu mencuba atau manikmati hidangan ambuyat sebagai juadah berbuka puasa, boleh berkunjung ke Restoran Pak Man Resipi di Sadong Jaya, Jalan Karamunsing, dekat sini.

Menyajikan aneka jenis makanan tradisi Sabah, set hidangan ambuyat di restoran berkenaan sering menjadi pilihan pelanggan tempatan mahupun pelancongan luar yang mahu merasai keenakan dan keunikan makanan terbabit.

Pengurus Restoran Pak Man Resipi, Rusdi Alibasa, 52, berkata restoran itu biasanya dikunjungi pelanggan dari Semenanjung dan pelancong luar negara semata-mata untuk mencuba ambuyat yang disajikan setiap hari, bukan hanya pada Ramadan.

Katanya, ada antara pelanggan sanggup datang dari jauh dan menyewa kereta hanya untuk menjamu selera di restorannya.

Lima belas wanita dan lima kanak-kanak dipijak hingga mati semalam dalam situasi berasak-asak untuk mendapatkan makanan dan wang bagi pelarian di tenggara Niger.
Lima belas wanita dan lima kanak-kanak dipijak hingga mati semalam dalam situasi berasak-asak untuk mendapatkan makanan dan wang bagi pelarian di tenggara Niger.

"Set ambuyat yang ditawarkan di sini memang sentiasa ada setiap hari tidak kira hari biasa mahu pun Ramadan, namun ia tidaklah dihidangkan secara buffet, sebaliknya kita hanya membuatnya jika ada permintaan daripada pelanggan.

"Ia sesuai disajikan secara panas bagi menjaga kesegaran, kualiti dan tekstur ambuyat apabila sampai ke meja pelanggan.

"Biasanya pelanggan gemar memesan set ambuyat pada waktu makan tengah hari atau makan malam tetapi menjelang Ramadan, ambuyat pastinya dimakan ketika berbuka puasa untuk hidangan utama," katanya.

Rusdi berkata, pelanggan boleh memilih sama ada hidangan ambuyat set A bagi seorang atau dua orang, mahupun set B untuk lima orang makan dengan harga RM20 dan RM30.

Set A terdiri daripada ambuyat, kangkung tumis belacan, ikan basung, ikan basung goreng, buah bambangan dan dua jenis sambal belancan, manakala set B pula ada semua makanan seperti set A namun tambahan ikan basung ampap serta ulam-ulaman.

PELANGGAN boleh memilih antara hidangan ambuyat set A bagi seorang atau dua orang mahupun set B untuk lima orang makan dengan harga RM20 dan RM30. - Foto Mohd Nazllie Zainul
PELANGGAN boleh memilih antara hidangan ambuyat set A bagi seorang atau dua orang mahupun set B untuk lima orang makan dengan harga RM20 dan RM30. - Foto Mohd Nazllie Zainul

Pelanggan, Hayati Yusof, 45, dari Johor berkata, dia berkunjung ke restoran itu selepas mencari lokasi tempat makan menarik di sekitar Kota Kinabalu sempena percutiannya bersama keluarga.

Katanya, beliau sekeluarga datang ke Sabah bagi merasai suasana berpuasa di Negeri di Bawah Bayu sambil makan angin ketika musim cuti sekolah.

"Apabila bercuti ke sini, kami sudah merancang untuk mencuba ambuyat kerana mahu mencari kelainan ketika berbuka puasa. Ini kali pertama kami menikmati ambuyat, walaupun sesetengah orang khususnya dari Semenanjung agak sukar menerima rasa dan rupa makanan ini, namun berbeza dengan kami, saya dan suami suka.

AMBUYAT menjadi salah satu hidangan utama di restoran Pak Man Resipi di Sadong Jaya. - Foto Mohd Nazllie Zainul
AMBUYAT menjadi salah satu hidangan utama di restoran Pak Man Resipi di Sadong Jaya. - Foto Mohd Nazllie Zainul

"Tekstur ambuyat yang melekit ini boleh membangkit selera, malah rasanya juga enak selain memenuhi selera saya dan suami," katanya yang berasal dari Johor Bahru.

Seorang lagi pelanggan, Amniera Naziera Amran, 24, berkata berbuka puasa dengan hidangan ambuyat di restoran berkenaan membuatkan dia teringat suasana berbuka di kampungnya di Kampung Tarap, Bongawan.

"Ambuyat adalah menu wajib penduduk di kampung saya untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan.

"Apabila sudah bekerja di Kota Kinabalu, agak sukar menyambut Ramadan bersama keluarga di kampung dan Restoran Pak Man Resepi sering menjadi pilihan sekiranya mahu melepaskan rindu menikmati juadah ini," katanya.

 

Info Restoran Pak Man Resepi

- Menyajikan pelbagai makanan tradisi Sabah.

- Terletak di Sadong Jaya, Jalan Karamunsing.

- Beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu.

- Masa beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 10 malam (Hari Biasa), 3 petang hingga 9 malam (Sepanjang Ramadan).

- Ambuyat adalah makanan utama disajikan dengan harga RM20 dan RM30 abgi set A serta set B.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X