Sabtu, 10 Jun 2017 | 12:04am

Ayam percik KelantanRasa tetap sama apabila dibakar menggunakan gelombang ketuhar

"AYAM Percik Kelantan Style " di WP Hotel. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

BULAN puasa cukup sinonim dengan hidangan ayam percik yang menjadi kegemaran hampir semua lapisan masyarakat di negara ini.

Malah, menu ini adalah antara yang paling mendapat tarikan pengunjung apabila ke bazar Ramadan.

Apa kata, sesekali sempena bulan yang penuh berkat ini anda kejutkan keluarga dengan memasak sendiri ayam percik untuk mereka.

Aroma Kulinari minggu ini, memaparkan resepi ayam percik ala Kelantan yang disediakan oleh Cef Eksekutif dari Hotel WP Kuala Lumpur, Chef Badrul Hisham Shaari.

Menariknya, resepi disediakan cef ini nampak cukup mudah dan ringkas disediakan tetapi diakui memang sedap serta pasti tidak akan menghampakan anda sekeluarga.

Sesuai hidangan bersahur

Badrul berkata, walaupun resepi asal ayam percik adalah lebih sedap dipanggang dengan bara arang, rasanya tetap sama apabila dibakar menggunakan gelombang ketuhar.

"Resepi yang saya sediakan ini lebih ringkas dan sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja tetapi masih ingin menyediakan sendiri hidangan berbuka untuk keluarga.

"Sebab itu saya sarankan mereka menggunakan gelombang ketuhar bagi menggantikan penggunaan bara arang yang amat jarang dilakukan masyarakat bandar sekarang," katanya.

Selain untuk berbuka resepi ini juga sesuai untuk dijadikan hidangan bersahur kerana ia juga boleh dimakan bersama roti jika ada yang tidak mahu mengambil nasi di waktu dinihari.

BAHAN - bahan membuat " Ayam Percik Kelantan Style " di WP Hotel. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Bahan-bahan:

1 paha ayam

Setengah sudu serbuk kunyit

1 sudu teh serbuk cili

3 biji bawang besar

2 inci halia

1 batang serai

setengah cawan air

120 - 160ml santan

Garam dan gula secukup rasa

Minyak untuk menumis

Cara membuat:

KUALA LUMPUR 27 MAY 2017. Langkah demi langkah membuat " Ayam Percik Kelantan Style " di WP Hotel. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

1. Campurkan serbuk kunyit, serbuk cili dan garam secukup rasa. Gaulkan dengan ayam. Bakar di dalam gelombang ketuhar atau menggunakan bara arang hingga masak.

KUALA LUMPUR 27 MAY 2017. Langkah demi langkah membuat " Ayam Percik Kelantan Style " di WP Hotel. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
KUALA LUMPUR 27 MAY 2017. Langkah demi langkah membuat " Ayam Percik Kelantan Style " di WP Hotel. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

2. Kisarkan bawang merah, halia, serai dengan air hingga rata. Tumiskan bahan berkenaan dengan sedikit minyak menggunakan api yang sederhana perlahan selama tiga minit.

KUALA LUMPUR 27 MAY 2017. Langkah demi langkah membuat " Ayam Percik Kelantan Style " di WP Hotel. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
KUALA LUMPUR 27 MAY 2017. Langkah demi langkah membuat " Ayam Percik Kelantan Style " di WP Hotel. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

KUALA LUMPUR 27 MAY 2017. Langkah demi langkah membuat " Ayam Percik Kelantan Style " di WP Hotel. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
KUALA LUMPUR 27 MAY 2017. Langkah demi langkah membuat " Ayam Percik Kelantan Style " di WP Hotel. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

3. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih dan pekat.

4. Apabila ayam siap dipanggang, tuangkan sos di atas ayam berkenaan.

5. Sedia untuk dihidang.

Tips:

  • Kuah percik perlulah pekat supaya ia mudah melekat pada ayam.
  • * Jika memanggang menggunakan arang, ayam boleh dimasak dengan ketuhar gelombang mikro selama lima hingga enam minit dulu supaya bahagian dalam mudah masak.
  • Resepi yang sama juga boleh digunakan untuk ikan.

Berita Harian X