Jumaat, 26 Mei 2017 | 12:00am

Minyak pati rawat kulit, legakan emosi

EKSTRAK tumbuhan sesuai untuk pelbagai kegunaan. - Foto hiasan
EKSTRAK tumbuhan sesuai untuk pelbagai kegunaan. - Foto hiasan

MINYAK pati adalah elemen yang sangat berkesan untuk kesejahteraan emosi malah secara tidak langsung menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental.

Sebatian aromatik lazimnya dihasilkan secara semula jadi menerusi sumber alam meliputi biji benih, kulit kayu, batang, akar, bunga dan bahagian lain tumbuh-tumbuhan.

Minyak pati hasil ekstrak tumbuhan boleh digunakan terus namun kebanyakan syarikat pengeluar minyak mengilhamkan formula campuran yang menggabungkan minyak pati tulen dan bukannya sintetik untuk meningkatkan kesihatan fizikal, emosi dan kecantikan.

Syarikat pengeluar minyak pati dari Amerika Syarikat, doTERRA bukan sekadar menyebarkan haruman menyegar dan menenangkan seluruh kediaman bahkan dibentuk menggunakan teknologi sains menggunakan sumber terbaik dari ladang di Haiti.

Pengerusi eksekutif dan pegawai perubatan doTERRA, Dr David Hill, berkata syarikatnya melakukan analisis karbon individu bagi mengenal pasti kesesuaian minyak pati dengan pengguna, sekali gus turut menentukan ketulenan dan ciri sofistikated produk berkenaan.

"Kelebihan pati minyak doTERRA ialah ia menyelitkan teknologi sains dalam pembuatan, menjadikannya selamat untuk kegunaan keluarga. Selain dijamin keasliannya, ia turut menawarkan kesan terapeutik untuk kesihatan," katanya.

Tawar profil genetik

Hill berkata, rangkaian minyak pati berkenaan tidak dihasilkan sembarangan, sebaliknya mengambil kira kesan terhadap keseluruhan genetik badan.

"Kita tidak melihat sekelompok rangkaian genetik, tetapi setiap satu genetik dalam tubuh manusia. Kajian menunjukkan penggunaan produk ini secara konsisten seolaholah memperoleh rawatan terapeutik," katanya.

Malah, dengan rumusan diperbaharui turut menyelitkan profil genetik.

"Meskipun, genetik setiap manusia sama, namun apa yang dominan bagi saya tidak semestinya turut menguasai anda. Sama halnya dengan apa yang memberikan kebaikan untuk saya, tidak semestinya mendatangkan manfaat buat orang lain," katanya.

Beliau berkata, kelebihan minyak pati itu mempunyai bauan pudina disenaraikan produk hangat syarikat itu, ia mungkin tidak serasi untuk semua orang.

"Namun, saya boleh menggantinya dengan aroma lain yang mampu memberi manfaat, hasil malah ikatan kimia yang sama dengan minyak pati itu. Minyak pati ini bukan saja menghidangkan kepelbagaian bahkan selamat digunakan," katanya mengenai produk itu yang mendapat sambutan baik kira-kira 130 hospital di Amerika Syarikat bagi menyediakan suasana dan persekitaran tenang buat pesakit mereka.

Kurangkan stres

"Aroma menenangkan membantu meredakan kebimbangan dan ketegangan fikiran penghuni hospital terutama penghidap barah yang selalu stres dan menderita sakit akibat rawatan progresif," katanya.

Pelbagai kaedah digunakan bagi menyebarkan aromaterapi itu, namun paling popular ialah titis dua tiga titis minyak pati dalam alat pembakar sebelum ia dibakar atau titis ke dalam alat penguap yang kemudiannya menyebar bauan menenangkan seluruh kediaman.

"Minyak pati ini boleh dihidu yang menghadirkan perasaan nyaman dan tenang, malah disyorkan disapu pada kulit terutama bahagian siku serta dititiskan dalam krim dan losen sebelum disapu pada kulit," katanya.

Penuhi semua keperluan

Bauan nyaman lavender disyorkan diletak di meja tepi katil bagi meminjamkan suasana tenang yang diperlukan untuk tidur nyenyak.

Selain itu, simpan sebotol dalam kabinet ubat khusus merawat masalah kegatalan kulit tidak serius.

Mereka mempunyai anak kecil yang aktif disyorkan meletakkan bauan itu di dalam beg sekolah yang didakwa membantu meningkatkan tenaga.

"Memahami tahap stress juga meningkat, ia menyediakan bauan berasaskan bunga dan kayu yang diharapkan meredakan perasaan kalut dan tidak tenteram," katanya.

Sementara, kesan lebam dan berbirat pada kulit dapat dikurangkan dengan menyapu minyak pati diperbuat daripada adunan daun teh atau lavender.

Bagaimanapun, Dr Hill menasihatkan kuantiti penggunaan sepatutnya tidak melebihi dos disarankan bagi mengelakkan timbul masalah kesihatan tidak diingini.

INFO
doTERRA

  • doTERRA International ditubuhkan pada Mei, 2008 di Utah, Amerika Syarikat.
  • Antara disenaraikan popular adalah lavender, lemon dan pudina.
  • Kebaikan lavender - Membantu tidur lena, menenangkan emosi, merawat, masalah kulit ringan dan sensitif, menyelesaikan masalah bibir kering.
  • Kebaikan lemon - disyorkan dicampur dengan minyak kelapa untuk digunakan sebagai minyak mengurut jari dan kuku, berfungsi sebagai aromatik untuk mengusir bauan tidak enak di bilik, boleh digunakan untuk mencuci kaunter dapur dan peralatan menghidang kalis karat dan apabila dicampur dengan minyak zaitun, boleh dijadikan sebagai cecair mengilatkan perabot.
  • Kebaikan pudina - Merawat perut tidak selesa, dicampur dengan lavender untuk dijadikan minyak urut, memberi rasa kenyang jika dihidu sebelum menikmati hidangan, dititiskan dalam syampu atau perapi bagi merawat kegatalan kulit kepala, berkumur dengan campuran air, lemon dan minyak pati pudina menjadikan nafas lebih segar, malah tidak berbau.
Berita Harian X