Sabtu, 20 Mei 2017 | 12:02am
TUKANG masak Rstoran D'Johan Delicaciesmenyediakan makanan istimewa kepada pelanggan. - Foto Zaaba Zakeria
TUKANG masak Rstoran D'Johan Delicaciesmenyediakan makanan istimewa kepada pelanggan. - Foto Zaaba Zakeria

Hidangan laut segar dari Sabah

ANTARA makanan utama yang terdapat di Restoran D'Johan Delicacies. - Foto Zaaba Zakeria
ANTARA makanan utama yang terdapat di Restoran D'Johan Delicacies. - Foto Zaaba Zakeria

RESTORAN D'Johan Delicacies adalah penawar yang mampu melunaskan keinginan untuk menikmati hidangan laut segar dari Sabah pada harga berpatutan.

Dibawa terus dari Negeri Di Bawah Bayu setiap minggu, pelanggan boleh mencuba hidangan berbentuk set atau 'ala carte' yang dimasak dengan pelbagai ramuan istimewa, pastinya cukup membuat anda kecur air liur, apatah lagi bila dihidangkan panas-panas.

Jika mahu mencuba makanan laut, boleh pilih gaya masakan dikehendaki sama ada cara kam heong, masam manis, tiga rasa, cili bawang putih, kukus, mentega basah atau mentega kering dan disesuaikan pula dengan hidupan laut yang anda mahu.

Kualiti tetap sama

Apa sebenarnya yang popular? Jika ketam, udang, ikan atau sotong sudah terlalu biasa, bagaimana dengan ikan kerapu bara, udang kara atau siput tarik?

Anda sedia maklum tiga jenis hidupan laut ini mendapat permintaan tinggi dan mahal harganya di Semenanjung.

RESTORAN D'Johan Delicacies menghidangkan menu istimewa pada setiap hari. - Foto Zaaba Zakeria
RESTORAN D'Johan Delicacies menghidangkan menu istimewa pada setiap hari. - Foto Zaaba Zakeria

Namun bak kata pemilik restoran ini, Datuk Johan Wan Khairil Adli Mohd Yusoff, Restoran D'Johan menawarkan hidangan lima bintang pada harga kaki lima.

Jadi, anda tidak perlu gusar kocek dan dompet akan 'rabak' jika berkunjung ke sini untuk menikmati juadah idaman, sebaliknya boleh tidur tak lena kerana terbayang-bayang akan kelazatannya.

"Kami tahu pasti ramai risau apabila disebut saja hidangan laut. Memang kebanyakan hidangan laut harganya sangat mahal apatah lagi jika ia masih segar. Tapi di D'Johan, anda tidak perlu risau. Harga yang kami tawarkan sangat berpatutan.

"Anda boleh memilih hidangan yang sesuai dengan bajet dan kami jamin, kualitinya tetap sama. Kami akan pastikan setiap hidangan anda dimasak dengan rapi, tidak ada beza dari segi rasa dan kualiti," katanya.

D'Johan Delicacies turut mengambil inisiatif memperkenalkan sekurang-kurangnya satu resipi baharu setiap bulan.

Mi goreng ketam seekor

Terkini, mereka tampil dengan hidangan mi goreng ketam seekor. Seekor ketam segar dimasak bersama mi dan ramuan khas disediakan oleh tukang masak berpengalaman lebih 20 tahun, Cef Mohd Nurshafiq Abdullah @ Al Alisna Balbuena.

ORANG ramai menjamu selera di Restoran D'Johan Delicacies. - Foto Zaaba Zakeria
ORANG ramai menjamu selera di Restoran D'Johan Delicacies. - Foto Zaaba Zakeria

Kari kepala ikan claypot, udang kara yang dibakar bersama keju dan sos khas, siput tarik rebus yang dimakan bersama sambal belacan Sabah, ketam bersos cili bawang putih dan sup isi ketam antara menu wajib dicuba jika berkunjung ke restoran ini.

Johan berkata, restorannya menyediakan empat jenis set makanan dengan setiap satu untuk dua hingga 10 orang.

Sempena Ramadan, restoran ini tidak ketinggalan menyediakan pilihan juadah yang boleh ditempah lebih awal.

Untuk tempahan, boleh menghantar WhatsApp atau hubungi talian +60149231431.

Info: Restoran D'Johan Delicacies

  • Lokasi: PT48310, Jalan Impian Jaya, Persiaran Saujana Impian, Sungai Kantan, Kajang

  • Waktu Operasi: 6 petang hingga 1 pagi setiap hari kecuali Selasa.

  • Telefon: 014-9231431

Menu Istimewa

- Mi goreng seekor ketam

- Udang kara bakar

- Siput tarik rebus

- Sup isi ketam

- Kari kepala ikan claypot

Berita Harian X