Jumaat, 28 April 2017 | 12:01am

Kekal langsing, cantik

SELULIT digambarkan sebagai ia bonggol tidak sekata seperti span. Tidak kurang yang merujuknya sebagai bahagian kulit menggerutu bagai kulit limau.

Apa pun gelaran diberikan, selulit sememangnya tidak digemari kerana ia menyebabkan bahagian paha dan lengan kelihatan tidak rata dan tembam serta sukar diatasi.

Lebih menyedihkan apabila kegagalan itu sebenarnya berpunca daripada kita tidak benar-benar memahami mengenai 'kehidupan selulit'.

Pengarah Latihan, Asia Pasifik Clarins, Sarah Liew, berkata selulit disebabkan oleh 'subkutaneus lemak' iaitu lemak yang terperangkap di bawah kulit.

Katanya, kehadiran selulit dalam bentuk yang menggerutu itu dicipta oleh tisu penghubung kulit dengan sel lemak yang terperangkap di bahagian tengahnya.

"Apabila kapasiti lemak menyimpan sel lemak terlalu tinggi, sel berkenaan akan bertambah banyak dan saiznya membesar disebabkan oleh lebihan lipid.

"Ia boleh membesar, 'seolah-olah' benda hidup yang 'bernyawa' di bawah lapisan kulit. Hasil ialah akan kelihatan tidak sekata di bahagian permukaan kulit yang dikenali sebagai selulit," katanya pada majlis pengenalan produk terkini daripada Clarins yang menyasarkan selulit, Body Fit di Lexis Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Yang turut hadir, jurulatih kecerdasan, Nana Al Haliq.

MAJLIS pengenalan Body Fit di Lexis Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
MAJLIS pengenalan Body Fit di Lexis Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Produk inovatif

Mengulas mengenai rawatan selulit cara tradisional, Liew berkata, ia sememangnya boleh menyasarkan sel menyimpan lemak dan terbukti membantu mengurangkan rupa kulit lekuk, tetapi tidak boleh berbuat apa-apa pada lemak yang terperangkap di bahagian bawahnya.

"Pusat Penyelidikan Clarins, yang memiliki 22 tahun pengalaman dalam kajian berhubung pelansingan badan, menemui tiga sel adipocytes yang menyebabkan pengembangan tisu lemak bawah kulit.

"Ia menyasarkan tiga jenis sel lemak dan mengoptimumkan fungsi mereka untuk membantu mencegah dan mengurangkan pembentukan selulit, menganjal dan membuatkan ia kelihatan lebih licin serta sekata.

"Ia menyasarkan sel lemak yang menyimpan, sel lemak yang berperanan dalam pembakaran lemak dan sel yang bertanggungjawab dalam membentuk gentian halus kolagen dalam tisu adipos," katanya.

Bantu kurangkan selulit

Apabila jumlah tenaga dibebaskan daripada lemak seimbang dengan penggunaan tenaga badan, sel lemak tidak akan mempunyai apa-apa untuk menyimpan atau mengumpul sebagai lemak yang dilepaskan ke dalam tenaga yang digunakan oleh badan bagi mengelakkan metabolisme.

Dalam kes yang mana tenaga dihasilkan melebihi penggunaan, jumlah lemak yang disimpan dalam lemak sel meningkat dan gentian halus kalogen atau benang selulit, dalam permulaan tisu adipos untuk membentuk selulit.

Clarins Body Fit

Nana berkata, selulit lebih pantas ditangani menerusi rutin senaman tepat menyasarkan lemak 'degil' yang perlu dihapuskan.

"Tidak dinafikan rutin harian hanya duduk di pejabat dan kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam menguatkan lagi faktor pertambahan berat badan

"Bagi mereka yang mahu cepat langsing, diet yang betul diikuti senaman dan pemakaian produk anti selulit yang tepat dapat merealisasikan impian kulit bebas selulit," katanya.

Generasi ketujuh dalam segmen pelangsing badan ini, adalah produk inovatif ini menyasarkan ketiga-tiga jenis sel lemak, di mana ia meningkatkan keupayaan lemak penyimpanan sel, mengaktifkan pembakaran lemak dan kesan pengeluaran gentian halus kalogen.

Rumusan kafein di dalamnya berfungsi dalam mengetatkan dan memberikan antioksida pada kulit, manakala rumusan ekstrak daun quince, menghaluskan kulit.

Clarins Body Fit berharga RM250, bukan saja menyasarkan pengecilan selulit, lebih daripada itu, membantu mengembalikan bentuk tubuh menarik, dengan cara 'mengangkat' iaitu menganjalkan, melicinkan dan menjadikan kulit lebih berseri.

Selulit

* Selulit dan lemak berbeza daripada struktur, di mana selulit berada dalam keadaan menegak manakala lemak dan keadaan melintang.

4 gred selulit

* Gred 1: Tidak nampak dengan mata kasar tapi bila ditekan pada kulit baharu selulit itu kelihatan.

* Gred 2: Bila berdiri, selulit boleh nampak pada bahagian kulit, tetapi tidak terlalu ketara.

* Gred 3: Lekuk selulit kelihatan semakin ketara.

* Gred 4: Selulit jadi besar, keras malah sakit kalau disentuh dengan tangan.

INFO: Tubuh ideal

* Banyakkan minum air mineral.

* Air jenis ini tidak mengandungi kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka panjang.

* Elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.

* Jangan makan buah-buahan manis terlalu banyak, kerana kandungan gula tinggi.

Berita Harian X