Rabu, 26 April 2017 | 12:13am
DINOBATKAN sebagai Johan dan Naib Johan dalam Pertandingan Parang Cantik dan Kreatif Labis 2016 yang membawa pulang wang tunai RM8,000.
DINOBATKAN sebagai Johan dan Naib Johan dalam Pertandingan Parang Cantik dan Kreatif Labis 2016 yang membawa pulang wang tunai RM8,000.
JUARA Asean Bladesport 2017 anjuran Malaysia Bladesport Faderation yang membawa pulang wang tunai RM3000 pada bulan Febuari lepas.
JUARA Asean Bladesport 2017 anjuran Malaysia Bladesport Faderation yang membawa pulang wang tunai RM3000 pada bulan Febuari lepas.

Hobi unik Hazril kumpul koleksi parang

KUALA LUMPUR: Meminati senjata tajam, seorang anak muda sehingga kini mengumpul hampir 200 bilah parang, dengan nilai keseluruhan mencecah RM65,000.

Hobi pelik Mohd Nor Hazril Mohd Kamarulzaman, 29, itu tercetus secara tidak sengaja selepas beliau mengunjungi Pertandingan Parang Cantik di Limbang, Sarawak, lima tahun lalu.

Katanya, beliau yang ketika itu mengajar di sebuah sekolah di sana tertarik dengan keunikan parang, pisau dan golok yang dipamerkan ketika pertandingan berkenaan.

"Saya sukakan senjata tajam dan reka bentuknya yang cantik amat memikat hati, sekali gus menarik minat untuk membelinya bagi simpanan sendiri.

"Pertandingan itu menjadi platform untuk saya mengenali pelbagai jenis parang dan pisau yang dipamerkan, malah berjaya membeli parang pertama buatan Raja Parang Limbang dengan harga RM750.

"Sejak itu, koleksi parang semakin bertambah, malah saya semakin tertarik mempelajari sejarah pembuatan senjata tajam bagi menambahkan pengetahuan," katanya.

BERSAMA sebahagian koleksi dan sijil kemenangan dalam beberapa pertandingan di dalam negara.
BERSAMA sebahagian koleksi dan sijil kemenangan dalam beberapa pertandingan di dalam negara.

KOLEKSI yang paling disayangi dari tukang Man Kedai Menanti, Muhammad Jusoh, Al Mizan dan Yuss Yus.
KOLEKSI yang paling disayangi dari tukang Man Kedai Menanti, Muhammad Jusoh, Al Mizan dan Yuss Yus.

JOHAN Berkumpulan Festival Kraf Labis 2016.
JOHAN Berkumpulan Festival Kraf Labis 2016.

Buat tempahan awal

Apabila ditukarkan bertugas di Semenanjung, minat mengumpul parang tidak pernah padam, malah beliau sanggup menunggu sehingga tiga tahun semata-mata untuk mendapatkan sebilah parang yang ditempah khas.

"Tempahan dibuat daripada pembuat parang popular. Proses pembuatannya rumit. Tempoh lama diperlukan untuk menyiapkan sebilah parang yang kemas dan menarik.

"Jadi, dari awal lagi saya akan membuat tempahan apatah lagi kalau parang itu akan dipamerkan untuk sesuatu pertandingan," katanya.

BILAH yang menjadi tumpuan utama kolektor di seluruh Malaysia NN,SS,FZ,Z,R,Pok Weil,AR,Ya,Pak Ghani dan Mazlan Bunut Susu.
BILAH yang menjadi tumpuan utama kolektor di seluruh Malaysia NN,SS,FZ,Z,R,Pok Weil,AR,Ya,Pak Ghani dan Mazlan Bunut Susu.

NN14 dan Abe Teng selalu digunakan oleh Imam Masjid Besar Pasir Puteh Kelantan apabila tibanya hari raya Aidiladha yang selalu menumbangkan 20 hingga 30 ekor lembu pada satu-satu masa.
NN14 dan Abe Teng selalu digunakan oleh Imam Masjid Besar Pasir Puteh Kelantan apabila tibanya hari raya Aidiladha yang selalu menumbangkan 20 hingga 30 ekor lembu pada satu-satu masa.

Ulu parang perlu diukir

Mohd Nor Hazril berkata, apabila parang yang ditempah siap, beliau menghantarnya kepada tukang ukir bagi menambah aksesori pada bilah parang terbabit.

"Sebagai contoh, saya akan tambah ukiran Langkasuka mengikut tema pertandingan yang akan disertai. Selain itu, bahagian sarung bilah akan diukir sebelum tukang lain pula yang akan membuat campuran perak untuk dimasukkan dalam motif ukiran terbabit.

"Setiap pertandingan memerlukan kriteria berbeza dan saya akan memastikan bilah, hulu dan sarung parang siap sempurna sebelum hari pertandingan," katanya.

Pertandingan menjadi platform untuknya mempelajari lebih banyak ilmu mengenai parang kerana setiap negeri memiliki keunikan tersendiri.

"Saya banyak bertanya kepada juri mengenai kriteria yang diperlukan dan bagaimana penilaian dibuat bagi memahami kehendak juri. Dengan cara itu, saya akan dapat sesuaikan parang mana yang sesuai dipertandingkan untuk cabaran seterusnya," katanya.

BERKONGSI minat bersama isteri, Izmawati dan anak mereka, Isyraf Haziq.
BERKONGSI minat bersama isteri, Izmawati dan anak mereka, Isyraf Haziq.

KAYU yang menjadi pilihan utama kolektor dan tukang parang. Banir kemuning emas dan juga burl.
KAYU yang menjadi pilihan utama kolektor dan tukang parang. Banir kemuning emas dan juga burl.

Pernah tercedera tapi tidak serius

Menceritakan mengenai penjagaan koleksi senjata tajam itu, Hazril mengakui, hujung minggu dihabiskan untuk membersihkan parang yang ada dalam koleksinya.

Bagaimanapun, katanya, penjagaannya tidak sukar kerana beliau hanya perlu menggilap mata bilah dengan minyak supaya ia tidak berkarat.

"Untuk bahagian hulu dan sarung, saya gunakan minyak kayu supaya kekal berkilat. Pernah juga saya tercedera ketika menggilap parang namun tidak serius," katanya.

Impian bapa kepada seorang anak ini adalah untuk membina galeri mini bagi mempamerkan koleksi parang miliknya.

"Koleksi ini semakin bertambah, apatah lagi semua parang ini adalah hasil tukang besi dan pengukir popular tempatan. Insya-Allah, impian ini diharap dapat direalisasikan nanti," katanya.

JOHAN Pre Asean Bladesport Putrajaya 2017.
JOHAN Pre Asean Bladesport Putrajaya 2017.

INFO

Nama: Mohd Nor Hazril Mohd Kamarulzaman

Asal: Pasir Puteh, Kelantan

Umur: 29 Tahun

Status: Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

FAKTA

  • Selain hobi mengumpul parang, Hazril menjadi pengurus kepada pasukan 'bladesport' iaitu Salleh Panglima Besi dan NN knives.
  • Memenangi banyak pertandingan seperti Johan Pre Asean, Naib Johan di Lanai Matic, Johan Asean Bladesport 2017 dan Juara Kumpulan di Labis 2016.
  • Antara pembuat parang digemarinya ialah Man Kedai Menanti, Muhammad Jusoh Gong Bayor, Mat Yazid, Amad Lotin, Yuss Yus, Fairos Hussin, Saidil Khudri, Fauzi Besut dan Shahar Tajong Stk.
  • Bilah tradisional yang menjadi kegilaan ialah Shafie Salleh (SS), Nazif Nawi (NN), Fiey dan Zakaria Salleh (FZ), Zaki Ta (Z), Razak (R) dan Rahim Razak (AR).
  • Antara pengendali akaun Grup Seni Pisau dan Parang Malaysia di laman sosial Facebook.
Berita Harian X