Ahad, 23 April 2017 | 12:06am
SUASANA permandangan di sekitar Sungai Tiang, Tasik Temenggor dari atas dek Boathouse Casuarina@Temenggor. - Foto Balqis Jazimah Zahari
SUASANA permandangan di sekitar Sungai Tiang, Tasik Temenggor dari atas dek Boathouse Casuarina@Temenggor. - Foto Balqis Jazimah Zahari
AKTIVITI berakit di perhentian Simpang Empat, Tasik Temenggor ketika program bersama Boathouse Casuarina@Temenggor 1. - Foto Balqis Jazimah Zahari
AKTIVITI berakit di perhentian Simpang Empat, Tasik Temenggor ketika program bersama Boathouse Casuarina@Temenggor 1. - Foto Balqis Jazimah Zahari
BOATHOUSE Casuarina@Temenggor 1 ketika perhentian di Simpang Empat, Tasik Temenggor. - Foto Balqis Jazimah Zahari
BOATHOUSE Casuarina@Temenggor 1 ketika perhentian di Simpang Empat, Tasik Temenggor. - Foto Balqis Jazimah Zahari

Khazanah rimba Belum yang menakjubkan

PERMANDANGAN Tasik Temenggor di Royal Belum. - Foto Balqis Jazimah Zahari
PERMANDANGAN Tasik Temenggor di Royal Belum. - Foto Balqis Jazimah Zahari

MENELUSURI perlahan di tasik buatan manusia kedua terbesar di Semenanjung, Tasik Temenggor sambil melayan perasaan di atas dek rumah bot membuatkan hampir terlupa sedang dikelilingi khazanah rimba tertua dunia.

Menyediakan kemudahan bot penginapan persis hotel terapung, penulis berasa yakin dan selamat untuk meneroka keindahan Hutan Royal Belum.

Malah, sebaik menjejakkan kaki ke rumah bot di Jeti Awam Tasik Banding, penulis bersama-sama rakan media lain berkumpul di atas dek mendengar taklimat berkenaan aktiviti dan aspek keselamatan ketika hujan masih lebat.

Terasa lega apabila hujan mula reda dan suasana hutan berkabus menyerlahkan keindahan panorama alam semula jadi hutan dan tasik.

Dari rumah bot, kami dibawa dengan bot laju hampir dua jam menuju Sungai Ko'oi untuk menikmati keindahan air terjun di situ. Kami melawat perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Aman Damai yang menempatkan 23 keluarga dari suku Jahai.

Berpeluang bermesra bersama penduduk kampung sambil berpeluang belajar bermain sumpit menjadi kenangan manis kami yang mengunjungi kampung terbabit.

Pengembaraan diteruskan dengan singgah di Sungai Papan dan sekali lagi meredah hutan simpan tebal bagi menjejaki sira haiwan yang terdapat dalam hutan ini.

Pemandangan terlalu indah

BOATHOUSE Casuarina@Temenggor 1 menelusuri tasik buatan manusia kedua terbesar di Semenanjung, Tasik Temenggor. - Foto Balqis Jazimah Zahari
BOATHOUSE Casuarina@Temenggor 1 menelusuri tasik buatan manusia kedua terbesar di Semenanjung, Tasik Temenggor. - Foto Balqis Jazimah Zahari

Rumah bot yang kami naiki meneruskan pelayaran ke Sungai Simpang 4. Kepenatan terbayar apabila dihidangkan makan malam barbeku ayam, kambing dan ikan pari sambil berlatarkan bunyian unik dan luar biasa daripada unggas hutan secara lebih secara lebih jelas dan dekat.

Masa seakan-akan mengejar terlalu cepat, hari terakhir di atas rumah bot Boathouse Casuarina@Temenggor 1 tetap disediakan dengan aktiviti menarik.

Kami dibawa ke Santuari Kelah Sungai Ruok untuk bermandi mandi dan merakamkan fotografi kenangan di air terjun di situ.

Tetamu dan pengembara dari dari Amerika Syarikat, James Alan Bergem, 48, berkata, Hutan Royal Belum terlalu indah baginya.

"Kadang-kadang kami lupa berada di atas bot sehinggalah selepas melangkah keluar untuk memasuki ke dalam hutan," katanya.

SEBAHAGIAN kumpulan media yang menyertai aktiviti berakit di perhentian Simpang Empat, Tasik Temenggor ketika program bersama Boathouse Casuarina@Temenggor 1. - Foto Balqis Jazimah Zahari
SEBAHAGIAN kumpulan media yang menyertai aktiviti berakit di perhentian Simpang Empat, Tasik Temenggor ketika program bersama Boathouse Casuarina@Temenggor 1. - Foto Balqis Jazimah Zahari

Bagi Hanafi Mohd Noor, beliau yang mempunyai pengalaman bagpacker selama 12 tahun meletakkan pengembaraan menyusuri Hutan Royal Belum sebagai pakej terbaik yang wajib dihayati oleh pengunjung.

"Menakjubkan! "Saya selalu membayangkan Alaska, Amazon dan Sungai Nil, tetapi di Royal Belum saya senaraikan sebagai tempat nombor satu kerana sebaik saja melangkah ke rumah bot saya tidak merasakan saya berada di atas bot kerana pemandangan yang terlalu indah dan kakitangan yang mesra," katanya.

INFO<.b>

- Luas Hutan Royal Belum dilaporkan meliputi kawasan seluas 290, 000 hektar

- Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat.

- Sira haiwan adalah titisan mata air yang mengandungi nutrien garam yang sering dikunjungi oleh haiwan liar untuk mencuci mulut selepas mengunyah makanan.

Berita Harian X