Sabtu, 22 April 2017 | 12:01am
ANTARA minuman popular di Kafe ANSARA 83. - Foto Rosman Shamsudin
ANTARA minuman popular di Kafe ANSARA 83. - Foto Rosman Shamsudin
DR Hanafi (dua dari kanan) melihat tukang masak, Azizan Ismail, 63, (kanan) menyiapkan sup tulang. - Foto Rosman Shamsudin
DR Hanafi (dua dari kanan) melihat tukang masak, Azizan Ismail, 63, (kanan) menyiapkan sup tulang. - Foto Rosman Shamsudin

Sup tulang segar resipi istimewa Kafe ANSARA 83

DR Hanafi di Kafe ANSARA 83. - Foto Rosman Shamsudin
DR Hanafi di Kafe ANSARA 83. - Foto Rosman Shamsudin

SUP tulang lembu dan sup 'gear box' di Slim River, Perak bukan sahaja mengundang selera penduduk setempat, tetapi juga mereka yang datang dari luar dan singgah di pekan ini.

Kedua-duanya menjadi sajian istimewa Kafe ANSARA 83.

Keenakan sup itu menjadi bualan oleh mereka yang kerap melalui jalan Persekutuan antara Tanjong Malim ke Ipoh.

Diusahakan oleh Doktor Hanafi Yahya dan isterinya, Dr Fariza Hanim Shahrir, resipi sup itu pula mendapat kerjasama daripada Azizan Awang atau Pak Awang yang berasal dari Jitra, Kedah.

"Saya dan isteri suka menikmati sup tulang di gerai yang diusahakan oleh Pak Awang di FELDA Besout di Trolak.

"Tapi kedai Pak Awang agak jauh. Jadi, saya ajak Pak Awang sama-sama buka kafe ini dengan sup tulang sebagai menu istimewa," katanya.

DR Hanafi menunjukkan sup tulang yang dijual di Kafe ANSARA 83, Slim River. - Foto Rosman Shamsudin
DR Hanafi menunjukkan sup tulang yang dijual di Kafe ANSARA 83, Slim River. - Foto Rosman Shamsudin

DR Hanafi (tengah) melayan pelanggan di Kafe ANSARA 83. - Foto Rosman Shamsudin
DR Hanafi (tengah) melayan pelanggan di Kafe ANSARA 83. - Foto Rosman Shamsudin

Direbus selama 6 jam

Bagi menyediakan sup yang enak dan memberikan kepuasan, Dr Hanafi menggunakan tulang lembu segar yang dibeli terus di pusat penyembelihan di Hulu Selangor.

"Saya gunakan rempah ratus tempatan yang diadun teliti tanpa perisa tambahan bagi memastikan rasa sup yang dihasilkan itu mempunyai keenakan tersendiri.

"Tulang lembu yang siap dibasuh itu dimasukkan dalam periuk besar dan direbus selama enam jam bagi memastikan daging yang masih melekat pada tulang menjadi lembut dan mudah dimakan.

"Pelanggan ada pilihan sama ada ingin memesan sup tulang sahaja atau bersama mi, bihun dan kuetiau," katanya.

CHICKEN Chop turut dijual di Kafe ANSARA 83. - Foto Rosman Shamsudin
CHICKEN Chop turut dijual di Kafe ANSARA 83. - Foto Rosman Shamsudin

DR Hanafi menunjukkan antara makanan barat di Kafe ANSARA 83. - Foto Rosman Shamsudin
DR Hanafi menunjukkan antara makanan barat di Kafe ANSARA 83. - Foto Rosman Shamsudin

BIHUN Sup menjadi antara menu pilihan di Kafe ANSARA 83. - Foto Rosman Shamsudin
BIHUN Sup menjadi antara menu pilihan di Kafe ANSARA 83. - Foto Rosman Shamsudin

Daging dibakar untuk kurangkan kalori

Dr Hanafi berkata, hidangan sup tulang itu bukan sahaja digemari penduduk di daerah ini malah pelanggan dari kawasan luar terutama 'kaki motosikal' berkuasa tinggi yang menjadikan kafenya tempat persinggahan.

Katanya, bagi memberi pilihan kepada pelanggan yang berkeluarga, Kafe Ansara 83 menyediakan makanan Barat seperti Lamb Chop dan Chicken Chop di mana kambing dan ayam dibakar untuk mengurangkan lemak dan kalori pada daging itu.

"Daging kambing dan ayam diperap dengan campuran rempah tempatan hingga sebati sebelum dibakar. Penggunaan sos buatan sendiri menjadikan makanan Barat itu lebih sedap dan ia popular dalam kalangan remaja," katanya.

Dr Hanafi berkata, harga yang ditawarkan setiap menu di restorannya memang berpatutan.

Bahkan, ramai hairan kerana harga setiap menu dianggap rendah dan tidak pernah mendapat rungutan daripada pelanggan.

PELANGGAN menikmati sup tulang di Kafe ANSARA 83. - Foto Rosman Shamsudin
PELANGGAN menikmati sup tulang di Kafe ANSARA 83. - Foto Rosman Shamsudin

INFO
Kafe Ansara 83:

Lokasi:
Pekan lama Slim River, Perak

Waktu perniagaan:
5 petang hingga 12 malam (setiap hari kecuali Khamis)

Harga:
RM5 - RM30

Operasi kedai
: Setiap hari kecuali Khamis.

Berita Harian X