Jumaat, 21 April 2017 | 12:01am

10 makanan untuk rambut sihat

RAMAI yang menghadapi masalah keguguran rambut. - Foto hiasan
RAMAI yang menghadapi masalah keguguran rambut. - Foto hiasan

Soalan: Saya berusia 32 tahun, tetapi menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk. Saya bimbang jika dibiarkan berterusan boleh menyebabkan botak. Apakah jenis makanan yang patut saya ambil untuk menjaga rambut sihat?

Faizal Farudien
Ampang, Selangor

Ramai yang menghadapi masalah keguguran rambut. Antara punca rambut gugur dan kulit kepala berkelemumur adalah disebabkan oleh genetik, tekanan, hormon yang tidak stabil dan juga pengambilan ubat-ubat tertentu.

Begitu juga penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyembur rambut dan bahan untuk menukar rambut dari kerinting kepada lurus dan sebaliknya, boleh menyebabkan rambut gugur dengan teruk.

Malah, kekurangan nutrisi tertentu akibat dari diet yang tidak betul turut boleh menjadi penyebab masalah itu.

Pemakanan sesuai

Hakikatnya, rahsia untuk dapatkan rambut yang kuat, sihat dan mengatasi masalah rambut gugur bukanlah bergantung pada penggunaan syampu atau produk rambut yang berjenama terkenal dan mahal semata-mata tetapi juga adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai.

Diet yang betul bukan sahaja bagus untuk memiliki rambut sihat, malah untuk kesihatan keseluruhan juga. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang disaran pengambilannya bagi memastikan rambut mendapat nutrisi secukupnya;

RAHSIA untuk dapatkan rambut yang kuat, sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai. - Foto hiasan
RAHSIA untuk dapatkan rambut yang kuat, sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai. - Foto hiasan

1. Salmon

Salmon, sardin dan ikan kembung mengandung lemak omega-3 yang tinggi. Badan kami jarang menghasilkan lemak yang sihat. Oleh itu, perlu mendapatkannya daripada makanan atau suplemen.

Lemak ini membantu dalam melindungi individu daripada penyakit dan menjaga kesihatan kulit kepala untuk rambut yang berkilat dan kuat.

2. Yogurt

Yogurt mengandungi protein yang tinggi dan nutrien yang membantu dalam pengaliran darah ke kulit kepala dan pertumbuhan rambut. Vitamin B5 (Pantothenic acid) membantu dalam melawan masalah keguguran rambut dan penipisan rambut.

3. Bayam

Sayuran hijau mengandungi nutrien seperti vitamin A, zat besi dan folat, beta karoten dan vitamin C yang merawat kulit kepala menjadi lebih sihat. Ia membantu dalam mengatasi rambut mudah patah dan rapuh.

4. Jambu Batu

Buah tropika ini penuh dengan vitamin C dan melindungi rambut dari kepatahan. Secawan guava mempunyai 377 miligram (mg) Vitamin C dan empat kali lebih jumlah yang diperlukan dalam satu hari!

5. Bijirin yang diperkaya zat besi

Kekurangan zat besi akan menyebabkan keguguran rambut. Individu boleh mendapatkan nutrien ini dalam bijirin, pasta, kacang soya dan kacang merah. Kerang, sayuran hijau, daging lembu dan hati kerana mengandungi kuantiti zat besi yang tinggi.

6. Daging tanpa lemak

Apabila seseorang kekurangan protein, pertumbuhan rambut akan 'berhenti'. Apabila pertumbuhan berhenti dan rambut lama gugur, mereka akan mengalami kehilangan rambut. Pilihlah daging tanpa atau kurang lemak seperti daging ayam, daging ayam Turki dan daging lembu.

7. Ubi jalar

Ubi jalar mengandungi antioksidan beta karoten iaitu badan akan menukarkannya kepada vitamin A. Ini membantu dalam mengatasi masalah rambut yang kering dan menggalakkan kulit kepala untuk menghasilkan sebum. Beta karoten juga ada dalam sayur-sayuran berwarna oren macam lobak merah, labu dan mangga.

8. Kayu manis

Taburkan rempah ini dalam oatmeal, roti dan kopi. Ia membantu dalam pengaliran darah dan penghantaran oksigen dan nutrien ke folikel rambut.

Info:
Rambut gugur:

  • Secara normal, rambut akan mengalami keguguran sekitar 50 hingga 100 helai sehari.
  • Masalah rambut gugur dihadapi semua golongan termasuk wanita dan lelaki, malah mereka masih remaja.
  • Bagi golongan dewasa yang berumur 30 tahun ke atas, keguguran rambut tidak terkawal boleh menjadikan rambut nipis dan semakin membawa kepada kebotakan.
Berita Harian X