Ahad, 16 April 2017 | 12:12am
MUHAMMAD Hafiz beraksi dalam acara larian lasak 'Sungai Menyala Forest Trail 2017' (SMFT) di Hutan Simpan Sungai Menyala dekat Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Ahad lalu. - Foto Adzlan Sidek

MUHAMMAD Hafiz tidak pernah membiarkan kecacatannya mematahkan semangat untuk menjalani kehidupan normal termasuk bergiat aktif dalam sukan lasak. - Foto Adzlan Sidek
MUHAMMAD Hafiz tidak pernah membiarkan kecacatannya mematahkan semangat untuk menjalani kehidupan normal termasuk bergiat aktif dalam sukan lasak. - Foto Adzlan Sidek
MUHAMMAD Hafiz berjaya menamatkan lariannya dalam kategori 10km dalam acara larian lasak 'Sungai Menyala Forest Trail 2017' (SMFT) di Hutan Simpan Sungai Menyala dekat Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Ahad lalu. - Foto Adzlan Sidek

MUHAMMAD Hafiz bergambar bersama peserta acara larian lasak 'Sungai Menyala Forest Trail 2017' (SMFT) di Hutan Simpan Sungai Menyala dekat Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Ahad lalu. - Foto Adzlan Sidek

Pelajar OKU ligat redah hutan

PORT DICKSON: Kecacatan kekal bukan penghalang buat seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL), bergiat aktif dengan pelbagai sukan ekstrem Trailathlon atau larian lasak meredah hutan belantara.

Bagi Muhammad Hafiz Jamali, 27, kehilangan tangan kiri dari paras siku selepas terbabit nahas jalan raya pada 2009, tidak pernah mematahkan semangatnya untuk menjalani kehidupan normal termasuk bergiat aktif dalam sukan lasak.

Jadi, tidak hairanlah jika Hafiz sanggup berkorban wang ringgit, masa dan tenaga untuk menyertai acara larian lasak seperti 'trailathlon, duathlon dan powerman' yang dianjurkan di seluruh negara.

Terbaru, Muhammad Hafiz, sanggup menumpang kereta rakannya semata-mata untuk menyertai acara larian lasak 'Sungai Menyala Forest Trail 2017' (SMFT) di Hutan Simpan Sungai Menyala dekat Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Ahad lalu.

"Saya mula jatuh hati dengan sukan lasak ini selepas berasa boring mengayuh basikal di jalan raya dan melayan aksi terbang 'mountain bike'. Selepas itu ada kawan minta saya beralih kepada acara 'multi sports' kerana katanya lebih menyeronokkan dan mencabar," katanya ketika ditemui di sini, Ahad lalu.

Tersenarai ke Sukan Para ASEAN

Muhammad Hafiz, berkata dia menunaikan permintaan itu dengan menyertai acara multi sport dan Pelajartriathlon yang pernah disertai termasuk 113 Desaru Triathlon, Duathlon Putrajaya, Duathlon Port Dickson, Semenyih Eco Trail Run dan Powerman Putrajaya.

Biasanya Muhammad Hafiz akan berlatih berlari antara lima hingga 10 kilometer sehari sama ada di Mini Stadium Seksyen 15 atau di Bukit Za'aba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai persiapan awal menyertai mana-mana acara larian triathlon atau duathlon. 

Katanya, dia terpaksa memasuki acara terbuka triathlon bersama peserta normal lain kerana tidak banyak penganjur mewujudkan kategori khas untuk golongan OKU kecuali penganjur Larian Menara KL.

"Bagi saya kecacatan dialami akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu membuatkan saya menjadi lebih kuat dan cabaran untuk bergiat aktif dalam aktiviti lasak terutama acara larian lasak meredah hutan.

"Oleh itu, saya tidak kisah jika dikehendaki berlari meredah hutan bersama peserta normal lain asalkan saya mendapat kepuasan apabila sampai ke garisan penamat," katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Hafiz berkata, beliau mungkin terpaksa melupakan seketika pembabitannya dengan larian trailathlon kerana bakal mengikuti latihan dalam acara basikal dikelolakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN), mulai bulan depan sebagai persiapan menjelang Sukan Para ASEAN 2017.

Profil

Nama: Muhammad Hafiz Jamali

Umur: 27

Asal: Sabak Bernam, Selangor.

Kerjaya: Pelajar tahun dua, UniKL

Sasaran 2017: 

* Tempat ketiga kategori OKU di Larian Menara KL

* Raih pingat dalam acara basikal di Sukan Para ASEAN 2017

Nota:

Trailathlon adalah larian lasak individu meredah hutan belantara sekitar 10 hingga 50km.

Triathlon adalah kombinasi sukan lasak individu membabitkan larian, berenang dan berbasikal dengan jarak 100km

Duathlon adalah acara lasak membabitkan larian dan berbasikal secara berkumpulan dengan jarak 100km.

Powerman adalah gabungan kesemua acara lasak seperti di atas dengan jarak sehingga 150km.

Berita Harian X