Isnin, 10 April 2017 | 12:01am
ANTARA rekaan terbaharu Samsung Galazy S8 dan S8 Plus.
ANTARA rekaan terbaharu Samsung Galazy S8 dan S8 Plus.

S8 dan S8 Plus, taruhan baharu Samsung

SAMSUNG Galaxy S8 dan S8 Plus. - Foto AP
SAMSUNG Galaxy S8 dan S8 Plus. - Foto AP

SAMSUNG meneruskan penguasaannya dalam industri telefon pintar di dunia walaupun sebelum ini syarikat gergasi dari Korea Selatan itu berdepan pelbagai cabaran termasuk kegagalan telefon pintarnya.

Baru-baru ini, Samsung memperkenalkan telefon pintar terbaharu Galaxy S8 dan S8 Plus di Lincoln Center, New York yang menawarkan pelbagai fungsi dan teknologi baharu.

Memiliki skrin Gorilla Glass 5, duo terbaharu ini mempunyai ukuran saiz yang lebih besar dengan saiz 5.8 inci dan 6.2 inci bagi S8 Plus.

SAMSUNG Galaxy S8. - Foto EPA
SAMSUNG Galaxy S8. - Foto EPA

Antara rekaan yang menampakkan telefon pintar terbaharu Samsung ini kelihatan besar adalah kerana saiznya yang nipis selain ketiadaan butang 'home' yang memberikan gambaran telefon pintar ini besar tetapi masih sedap untuk dipegang.

Selain itu, ia mempunyai kamera premium dengan lensa kamera canggih 8MP, bukaan F1.7 serta Smart autofocus pada kamera depan dan 12MP bukaan F1.7 pada kamera belakang yang dilengkapi dengan Dual Pixel.

Dual Pixel ini untuk memastikan kualiti gambar yang menakjubkan dalam keadaan suram, zoom dan anti-blur yang disokong dengan peningkatan proses gambar.

Galaxy S8 dan S8 Plus juga mempunyai peningkatan sistem operasi kerana menggunakan cip 10nm, yang pertama bagi telefon pintar memberikan kelajuan yang efisyen.

GALAXY S8 dan S8 Plus memberikan pengalaman baharu kepada pengguna. - Foto AFP
GALAXY S8 dan S8 Plus memberikan pengalaman baharu kepada pengguna. - Foto AFP

Sebagai peranti pertama dengan Mobile High Dynamic Range (HDR) Premium, Galaxy S8 dan S8 Plus memberikan pengalaman baharu kepada pengguna untuk melihat warna cerah dan kontras yang kebiasaannya dilihat di dalam filem.

Fungsi lain, ia mempunyai pelbagai pilihan teknologi biometrik, termasuk fingerprint scanner, iris scanner dan facial recognition sehingga pengguna dapat memilih fungsi yang disukai mereka.

Bagaimanapun, telefon pintar ini belum dilancarkan untuk pasaran Malaysia dan dijangka berada di pasaran tempatan, pertengahan tahun nanti.

INFO

  • Galaxy S8 (5.8 inci Quad HD Plus, 2960x1440, 570ppi)
  • Galaxy S8 Plus (6.2 inci Quad HD Plus, 2960x1440 529ppi)
  • Bateri: Galaxy S8 (3.000 mAh) Galaxy S8 Plus (3.500 mAh)
  • Kamera: 12 MP (belakang), 8MP (depan)
  • Prosesor: Exynos 8895, memori dalaman 64GB dan RAM 4GB.
  • Sistem operasi: Android Nougat 7.0 (tyo)
Berita Harian X