Selasa, 4 April 2017 | 12:11am
KERATAN akhbar menceritakan keunikan sebuah rumah di Panji seperti Istana Melayu lama yang dikenali sebagai Istana Majlis. - Foto Zaman Huri Isa
KERATAN akhbar menceritakan keunikan sebuah rumah di Panji seperti Istana Melayu lama yang dikenali sebagai Istana Majlis. - Foto Zaman Huri Isa
PINTU masuk Istana Majlis. - Foto Zaman Huri Isa
PINTU masuk Istana Majlis. - Foto Zaman Huri Isa
HIASAN rumah di Panji seperti Istana Melayu lama yang dikenali sebagai Istana Majlis, dibina dengan menggunakan 59 tiang berukir tangan, pintu ukiran berusia 200 tahun dan hiasan beribu keping atap senggora. - Foto Zaman Huri Isa

GENERASI ketiga pengukir tradisi, Wan Ali bersama sebuah rumah di Panji seperti Istana Melayu lama yang dikenali sebagai Istana Majlis. - Foto Zaman Huri Isa
GENERASI ketiga pengukir tradisi, Wan Ali bersama sebuah rumah di Panji seperti Istana Melayu lama yang dikenali sebagai Istana Majlis. - Foto Zaman Huri Isa

Kediaman unik Abullah jadi tarikan pengukir seni

KOTA BHARU: Di bandar ini, orang ramai yang melalui Panji pasti kagum melihat sebuah rumah besar seperti istana Melayu lama tersergam indah.

Dikenali sebagai Istana Majlis, ia dibina dengan menggunakan 59 tiang berukir tangan, pintu ukiran berusia 200 tahun dan hiasan beribu keping atap senggora menjadikannya rumah ukiran tangan asli yang mungkin satu-satunya di Malaysia.

Berkeluasan lebih 15,000 kaki persegi, rumah itu dimiliki pengukir tradisional Kelantan, Abullah Mohamad, 60, yang dibina pada tahun 1986.

Menantu Abullah, Ammar Za-im Fauzi, 37, yang juga seorang pengukir tradisional, berkata bangunan itu mengambil masa 18 tahun untuk disiapkan dengan kos lebih RM2 juta.

Katanya, kediamannya dibina pada tahun 1986 dan siap sepenuhnya pada 2004 dengan 11 pengukir terbabit dalam kerja mengukir bumbung, pagar, tiang dan balairong di bangunan berkenaan.

"Terdapat juga 59 batang tiang berukir tangan dengan ketinggian tujuh meter setiap satu yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan," katanya ketika ditemui BH Plus di sini.

Ammar berkata, selain itu bumbung rumah terbabit juga dihiasi dengan atap senggora daripada 30 rumah tradisional yang berusia ratusan tahun.

BAHAGIAN hadapan Istana Majlis. - Foto Zaman Huri Isa
BAHAGIAN hadapan Istana Majlis. - Foto Zaman Huri Isa

AMMAR Za-im Fauzi, yang juga seorang pengukir tradisional, menunjukkan peralatan yang digunakan dalam menyiapkan ukiran kepala katil untuk rumah Istana Majlis di Panji. - Foto Zaman Huri Isa
AMMAR Za-im Fauzi, yang juga seorang pengukir tradisional, menunjukkan peralatan yang digunakan dalam menyiapkan ukiran kepala katil untuk rumah Istana Majlis di Panji. - Foto Zaman Huri Isa

Katanya, beberapa pintu di dalam rumah terbabit diperoleh daripada kediaman berusia 200 tahun corak ukiran tangan yang unik.

"Terdapat corak ukiran tindih kasih di pintu terbabit selain dinding cembung yang diukir menggunakan pisau. Bumbung bangunan juga dibina bertingkat mengikut tingkat ilmu dalam Islam iaitu syariat, tarikat, hakikat dan makrifat juga disebut sebagai binaan perambong lima," katanya.

Pagar rumah pula dihiasi pagar musang dan dikelilingi kayu ukiran pemeleh atau kayu pemanis dan hiasan lembah tergantung.

Ammar berkata, bangunan itu pernah rosak akibat banjir besar pada 2014 dengan kerugian lebih RM100,000 dan kini dibuka sebagai dewan sesuai untuk dibuat sebarang majlis di tempat unik ini.

Sementara itu, Abullah yang kini mengalami masalah kesihatan angin ahmar, berkata kediaman itu dibina bagi memastikan sejarah dan budaya seni ukir Kelantan dapat dihayati generasi akan datang.

"Masa mula-mula berhasrat bina kediaman ini semua orang kata saya tak waras, namun hari ini ia dijadikan rujukan dan tarikan pencinta seni ukiran," katanya juga generasi ketiga pengukir tradisi, Haji Wan Ali.

SEBUAH rumah di Panji seperti Istana Melayu lama yang dikenali sebagai Istana Majlis. - Foto Zaman Huri Isa
SEBUAH rumah di Panji seperti Istana Melayu lama yang dikenali sebagai Istana Majlis. - Foto Zaman Huri Isa

ANTARA ukiran di rumah di Panji seperti Istana Melayu lama yang dikenali sebagai Istana Majlis.- Foto Zaman Huri Isa
ANTARA ukiran di rumah di Panji seperti Istana Melayu lama yang dikenali sebagai Istana Majlis.- Foto Zaman Huri Isa

INFO

  • Istana Majlis dibina dengan menggunakan konsep seni bina Melayu Kelantan iaitu pasak kayu yang dihiasi ukiran tangan.
  • Antara motif corak ukiran tangan yang menghiasi Istana Majlis adalah gabungan ketam guri, kekacang, sesayap dan bunga lobak.

Berita Harian X