Isnin, 3 April 2017 | 12:01am
XPERIA XZs dilengkapi dengan kamera canggih yang mampu merakam gambar dengan pantas dan di luar kemampuan mata manusia.
XPERIA XZs dilengkapi dengan kamera canggih yang mampu merakam gambar dengan pantas dan di luar kemampuan mata manusia.

Xperia XZs rakam gambar di luar kemampuan mata manusia

TELEFON pintar Xperia XZs.
TELEFON pintar Xperia XZs.

Sony Mobile Communications (Sony Mobile) memperkenalkan telefon pintar Xperia XZs, dengan kamera canggih yang mampu merakam gambar dengan pantas dan di luar kemampuan mata manusia.

Selain itu, Sony Mobile turut memperkenalkan satu lagi telefon terbaharunya, Xperia XA1 dan menjadikan dua telefon pintar terbaharu ini melengkapi siri telefon Xperia.

Xperia XZs menggabungkan teknologi kamera Sony 'α dan Cyber-shot untuk mewujudkan sistem kamera Motion Eye.

Selain itu Xperia XZs menampilkan sensor Exmor RS dengan teknologi yang biasanya hanya boleh didapati pada kamera kompak premium.

Ia menyediakan imbasan imej dan pemindahan data 5 kali lebih cepat. Selain itu, ia mempunyai kamera 19MP beresolusi tinggi dengan 19 peratus piksel lebih besar untuk menangkap lebih cahaya dan memberikan kejelasan yang luar biasa.

XPERIA XZs dilengkapi dengan pengecaj Qnovo Adaptive yang memantau tahap bateri dan menyesuaikan untuk mengelakkan kerosakan dan memaksimumkan jangka hayat bateri.
XPERIA XZs dilengkapi dengan pengecaj Qnovo Adaptive yang memantau tahap bateri dan menyesuaikan untuk mengelakkan kerosakan dan memaksimumkan jangka hayat bateri.

XA1 pula mempunyai kamera belakang 23MP resolusi tinggi dengan 1/2.3 RS Exmor serta lensa F2.0 di samping kanta sudut lebar 24mm, membolehkan kamera belakang menangkap lebih gambar berbanding dengan sebelumnya.

 

Kamera hadapan XA1 pula adalah tulang belakang telefon ini dengan memberikan pengalaman selfie tersendiri.

Ia mempunyai sudut lebar kanta 23mm, membolehkan anda untuk menangkap gambar diri sendiri dengan mudah, hanya gelombang melalui ciri kamera Shutter Hand.

Selain kamera yang menjadi keutamaan telefon pintar ini, ia turut dilengkapi pelbagai ciri pintar seperti pengecaj Qnovo Adaptive yang memantau tahap bateri dan menyesuaikan untuk mengelakkan kerosakan dan memaksimumkan jangka hayat bateri.

Sementara fungsi Stamina Mode pula menyimpan bateri anda untuk bertahan lebih lama apabila anda benar-benar memerlukannya dengan mematikan sesetengah fungsi.

Sony Smart Cleaner pula menguruskan prestasi dan memori peranti anda dengan mengosongkan cache dan aplikasi tidak digunakan secara automatik untuk mencapai kelajuan yang terbaik.

Berita Harian X