Sabtu, 25 March 2017 | 12:04am

Tips tempoyak tahan lama

TEMPOYAK dibuat daripada isi buah durian yang diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam serta disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian.

Terkenal di Pahang dan Perak, tempoyak biasanya tidak dimakan begitu saja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak.

Mempelbagaikan resipi pais ikan patin, pemilik bersama restoran Dapur Mokde di Jalan Lapangan Terbang Subang, Shah Alam, Nurhaslinda Sharudin, berkata ia boleh ditambah petai atau ulaman berbiji lain bagi menambahkan selera.

Ia memikat selera orang Melayu yang gemarkan ulam, sayuran hijau atau berbiji seperti petai, " katanya.

Hidangan sihat

Resipi ini sesuai buat mereka yang mengelakkan juadah bergoreng. Ini kerana, pais patin dengan petai dipanggang tanpa minyak atau mentega di atas kuali leper.

Nurhaslinda berkata, kelebihan makanan panggang berbanding juadah goreng adalah ia masih mengandungi banyak vitamin dan mineral kerana ia tidak memerlukan proses memanggang yang begitu lama.

"Dengan waktu yang sedikit ketika memasak, kandungan mineral dan vitamin dalam makanan tidak hilang, malah ia dapat memberi keseronokan dan memudahkan proses memasak kerana tidak menggunakan bahan merumitkan ketika menyediakan," katanya.

Aroma Kulinari minggu ini, berkongsi resipi dan cara menyediakan pais patin dengan petai untuk anda cuba di rumah. Nikmati bersama nasi panas untuk rasa yang lebih mengasyikkan.

Pais patin dengan petai

Bahan A;

3 biji bawang besar (dipotong)

2 batang serai (diracik)

10 biji lada kecil merah

3 biji lada besar merah

1 inci lengkuas

1 inci halia

1/4  cawan air

Sedikit garam

 

Bahan B;

4 ketul ikan patin

2 sudu tempoyak

1 papan petai

1 tangkai daun kunyit (diracik)

10 keping daun kesum

4 helai daun pisang

Pembalut pembakar (aluminium foil)

 

Cara penyediaan;

PELAKON, Vanidah Imran, pada majlis prapelancaran filem bercorak politik cemas, Daulat. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
PELAKON, Vanidah Imran, pada majlis prapelancaran filem bercorak politik cemas, Daulat. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

 

1. Kisar semua bahan A.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan A sehingga naik bau.

3. Ambil tempoyak dan gaul sehingga sebati dengan bahan A tadi.

4. Ambil foil, letak daun pisang di atasnya dan susun ikan patin.

 DAPUR Mokde juga dibuka di Kampung Melayu Subang
DAPUR Mokde juga dibuka di Kampung Melayu Subang

5. Lumurkan bahan A tadi, tabur petai dan daun kunyit kemudian tutup kemas dengan daun pisang supaya tidak bocor.

6. Panggang atas kuali leper bersama sedikit minyak selama 10 hingga 15 minit.

ANTARA menu yang terdapat di Dapur Mokde, Sungai Plong.
ANTARA menu yang terdapat di Dapur Mokde, Sungai Plong.

7. Sedia untuk dihidangkan.

 

 

Info

5 tip tempoyak tahan lama;

1. Asing biji dari isi durian menggunakan sudu

2. Selepas menggaul durian dengan garam dan gula, tapis air berlebihan semalaman

3. Simpan di dalam peti ais, bukan ruangan sejuk beku

4. Tutup bekas rapat bagi mengelakkan ia kering

5. Jangan campur dengan pisang bagi mengelakkan rasa masam.

Berita Harian X