Selasa, 21 March 2017 | 12:10am
HASIL kutipan telur setiap hari di Signal Hill Eco Farm, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin
HASIL kutipan telur setiap hari di Signal Hill Eco Farm, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin
SEORANG pekerja membuat persiapan di Restoran Signal Hill Eco Farm, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin
SEORANG pekerja membuat persiapan di Restoran Signal Hill Eco Farm, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin
TANAMAN terung antara yang ditanam menggunakan baja organik di Signal Hill Eco Farm, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin
TANAMAN terung antara yang ditanam menggunakan baja organik di Signal Hill Eco Farm, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin
PEKERJA memetik sayur organik di Signal Hill Eco Farm, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin
PEKERJA memetik sayur organik di Signal Hill Eco Farm, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin
ISTERI kepada pemilik Signal Hill Eco Farm, Siew Fong Yin sentiasa memantau sayuran organik di Signal Hill Eco Farm. - Foto Izhari Ariffin
ISTERI kepada pemilik Signal Hill Eco Farm, Siew Fong Yin sentiasa memantau sayuran organik di Signal Hill Eco Farm. - Foto Izhari Ariffin
ISTERI kepada pemilik Signal Hill Eco Farm, Siew Fong Yin menyiram tanaman sayuran organik. - Foto Izhari Ariffin
ISTERI kepada pemilik Signal Hill Eco Farm, Siew Fong Yin menyiram tanaman sayuran organik. - Foto Izhari Ariffin
SIEW Fong Yin menunjukkan cendawan yang ditanam di Signal Hill Eco, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin
SIEW Fong Yin menunjukkan cendawan yang ditanam di Signal Hill Eco, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin
ANTARA ruang di Restoran Signal Hill Eco Farm, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin
ANTARA ruang di Restoran Signal Hill Eco Farm, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin
THIEN Fook menunjukkan persekitaran kebun tanaman sayuran organik di Signal Hill Eco Farm. - Foto Izhari Ariffin
THIEN Fook menunjukkan persekitaran kebun tanaman sayuran organik di Signal Hill Eco Farm. - Foto Izhari Ariffin
ISTERI kepada pemilik Signal Hill Eco Farm, Siew Fong Yin menyiram tanaman organik. - Foto Izhari Ariffin
ISTERI kepada pemilik Signal Hill Eco Farm, Siew Fong Yin menyiram tanaman organik. - Foto Izhari Ariffin

Damai menjamu selera di puncak Signal Hill

KOTA KINABALU: Bagi mereka yang menyukai kehijauan alam semula jadi, di samping mementingkan pengambilan pemakanan sihat, sebuah restoran di puncak tertinggi di ibu negeri Sabah tentu memenuhi cita rasa dan selera.

Suasananya yang tenang dan mendamaikan. Begitulah gambaran suasana restoran di Signal Hill Eco Farm berhampiran Signal Hill Observatory Tower di Jalan Bukit Bendera, Kota Kinabalu, sebuah lokasi pelancongan popular.

TANAMAN organik perlu disiram mengikut jadual di Signal Hill Eco Farm. - Foto Izhari Ariffin
TANAMAN organik perlu disiram mengikut jadual di Signal Hill Eco Farm. - Foto Izhari Ariffin

Restoran itu berkonsepkan dalam kebun dengan menu makanan sihat yang mana pelanggan boleh menikmati menu berasaskan ayam, ikan dan itik yang diternak sendiri pemiliknya, selain sayur-sayuran segar dipetik terus dari kebun yang ditanam secara organik.

Pun begitu, pengunjung boleh bawa barangan basah sendiri untuk dimasak di restoran berkenaan sekiranya mahu menjamah juadah lain yang tiada di Signal Hill Eco Farm.

Antara menu yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah ayam kukus sos soya, ikan tilapia kukus, dan itik goreng bersama sos plum. Harga setiap hidangan ayam dan itik bergantung dengan berat ternakan berkenaan.

Walaupun kedudukannya di tengah bandar raya Kota Kinabalu, Signal Hill Eco Farm terletak di atas bukit yang menawarkan pemandangan keseluruhan bandar raya peranginan terbabit serta Laut China Selatan yang terbentang luas, selain mudah dikunjungi iaitu hanya beberapa minit menaiki kenderaan dari Padang Merdeka.

 PEMILIK Signal Hill Eco Farm, Lee Thien Fook. - Foto Izhari Ariffin
PEMILIK Signal Hill Eco Farm, Lee Thien Fook. - Foto Izhari Ariffin

Pemiliknya, Lee Thien Fook, 70, berkata tujuan utama pembukaan restoran dan keseluruhan ladang eko terbabit adalah bagi menghidangkan menu sihat kepada pengunjung selain memberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga pemakanan seimbang, selain sebagai lokasi rekreasi bagi warga Kota Kinabalu.

"Kami percaya objektif ini mampu mendisiplinkan pengunjung supaya menjalani gaya hidup sihat. Saya juga tidak menggunakan baja kimia terhadap sayur-sayuran di kawasan ini, sebaliknya menyiram menggunakan air beroksigen tinggi.

TANAMAN organik perlu disiram mengikut jadual di Signal Hill Eco Farm. - Foto Izhari Ariffin
TANAMAN organik perlu disiram mengikut jadual di Signal Hill Eco Farm. - Foto Izhari Ariffin

"Malah, air sama diberikan kepada haiwan ternakan dan proses penyediaan makanan mahupun minuman," katanya yang mengusahakan ladang terbabit bersama isteri dan dua anaknya sejak empat tahun lalu.

Thien Fook berkata, selain sumber air berkualiti, semua ternakan di tempatnya diberi makan jagung dan ekstrak tongkat ali.

"Pemberian ekstrak tongkat ali kepada ayam dan itik di ladang ini mampu memberi kelainan dari segi tekstur, bau, ketahanan dan kandungan lemak yang rendah haiwan ternakan berkenaan.

LADANG itik di Signal Hill Eco Farm, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin
LADANG itik di Signal Hill Eco Farm, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin

"Selain itu, khasiat terkandung dalam isi ayam dan itik juga bertambah, selain rasanya lebih enak," katanya.

Beliau berkata, semua hidangan disediakan di restorannya adalah halal dan bersih kerana disembelih serta dimasak oleh pekerja beragama Islam.

Dibuka pada Januari 2013, beliau yang sebelum ini mengusahakan sebuah restoran di bandar raya ini, mendapat inspirasi membuka ladang berkenaan daripada isterinya yang menghidap penyakit barah payudara tahap tiga, sembilan tahun lalu.

"Beberapa tahun selepas mengetahui isteri menghidap penyakit itu, saya sentiasa mencari alternatif untuk mengubati dan membuatnya terus bersemangat meneruskan hidup sehinggalah timbul idea membuka tempat ini.

TELUR yang dihasilkan di Signal Hill Eco Farm, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin
TELUR yang dihasilkan di Signal Hill Eco Farm, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin

"Pada asalnya kawasan ini hanya dibuka sebagai ladang ternakan dan kebun sayur, namun saya membuka restoran pada awal tahun 2015 bagi memajukan lagi jenama Signal Hill Eco Farm dan mempunyai 21 meja yang boleh menampung 200 pelanggan pada satu-satu masa," katanya.

Berkongsi perancangan masa depannya, Thien Fook berkata, beliau bercadang membuka beberapa chalet berhampiran ladang-eko itu bagi memudahkan pengunjung khususnya pelancong untuk menginap dan merasai suasana nyaman alam semula jadi.

"Sebelum ini ramai pengunjung mahu tinggal di sini tetapi kami tidak menyediakan perkhidmatan tempat tinggal," katanya.

THIEN Fook ketika ditemui selepas meninjau persekitaran kebun tanaman sayuran organik di Signal Hill Eco Farm. - Foto Izhari Ariffin
THIEN Fook ketika ditemui selepas meninjau persekitaran kebun tanaman sayuran organik di Signal Hill Eco Farm. - Foto Izhari Ariffin

INFO

Signal Hill Eco Farm:

- Terletak di Signal Hill Observatory Tower, Jalan Bukit Bendera, Kota Kinabalu

- Dibuka setiap hari jam 12 tengah hari-10 malam

- Restoran mempunyai 21 meja dan boleh tampung 200 pelanggan

Berita Harian X