Wajah-wajah mereka yang terbabit dalam misi membawa pulang 107 rakyat Malaysia dari Wuhan. Mereka terdiri daripada kru AirAsia, kakitangan KKM, NADMA dan Kementerian Luar.

Pengurus Besar Operasi Kargo MASkargo, Jamaludin Ismail (kiri) melihat alat perlindungan perubatan yang akan dihantar bagi kegunaan pegawai perubatan di Wuhan, China yang kini sedang dilanda 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di MASkargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sebanyak 287 kotak mengandungi 338,000 topeng muka pembedahan, 540 topeng muka jenis N95, 107900 sarung tangan klinikal dan 876 cermin mata keselamatan akan dihantar ke Wuhan. - Foto BERNAMA

Sebahagian daripada 133 individu, masing-masing 107 rakyat Malaysia yang berdepan perintah berkurung di bandar raya dalam wilayah Hubei, enam pasukan petugas dan 20 anggota misi berkenaan yang dibawa pulang dari Wuhan, China selamat tiba di negara ini dengan menaiki pesawat khas AirAsia di Air Disaster Unit (ADU), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

Rakyat Malaysia yang tiba dari Wuhan, China perlu melalui prosedur saringan kesihatan sebaik keluar dari pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Beberapa rakyat Malaysia menaiki bas sejurus tiba dari Wuhan, China yang terdiri daripada individu dan keluarga ke Pusat Pemantauan. Kesemua mereka dibawa pulang menaiki sebuah pesawat khas dan operasi saringan dilakukan sebaik sahaja mereka turun dari pesawat dan penumpang yang tidak mengalami simptom 2019 Novel Koronavirus (2019-NCoV) dibawa ke pusat pemantauan untuk menjalani proses kuarantin selama 14 hari di Bandar Enstek, Sepang. - NSTP/Aizuddin Saad

KUARANTIN... Dua buah bas yang membawa sebahagian rakyat Malaysia yang pulang dari Wuhan China yang terdiri daripada individu dan keluarga dilihat memasuki Pusat Pemantauan. Kesemua mereka dibawa pulang menaiki sebuah pesawat khas dan operasi saringan dilakukan sebaik sahaja mereka turun dari pesawat dan para penumpang yang tidak mengalami simptom 2019 Novel Koronavirus (2019-NCoV) dibawa ke pusat pemantauan yang dikawal ketat daripada orang awam untuk menjalani proses kuarantin selama 14 hari. - Foto BERNAMA

Sebahagian daripada 133 individu, masing-masing 107 rakyat Malaysia dibawa menaiki bas dan dihantar ke Pusat Pemantauan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

PULANG ... Seramai 107 individu yang dibawa pulang dari Wuhan, China selamat tiba di negara ini dengan menaiki pesawat khas AirAsia di Air Disaster Unit (ADU), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Penerbangan itu turut membawa 12 kru, lapan petugas misi dan enam pegawai dari Kedutaan Malaysia dari Beijing, menjadikan 133 orang jumlah keseluruhan yang menaiki pesawat dari Wuhan, lokasi yang dikenal pasti sebagai punca penularan virus berkenaan. Kesemua mereka dibawa pulang selepas Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan Kerajaan China akibat penularan jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di negara itu. - Foto BERNAMA

Kelihatan seorang daripada rakyat Malaysia dalam sebuah bas yang membawa pulang sebahagian daripada 141 rakyat Malaysia dari Wuhan, China. - NSTP/Aizuddin Saad

PULANG ... Seramai 107 individu yang dibawa pulang dari Wuhan, China selamat tiba di negara ini dengan menaiki pesawat khas AirAsia di Air Disaster Unit (ADU), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. - Foto BERNAMA

Pesawat AirAsia AK8264 turut membawa 500,000 pasang sarung tangan getah dalam misi membawa pulang 141 rakyat Malaysia, pasangan dan anak-anak mereka di Wuhan, China berikutan penularan Novel Koronavirus 2019 (2019-nCoV). Penerbangan itu berlepas kira-kira 3.50 petang bersama dengan 12 kru dan lapan petugas misi daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke Wuhan. - Foto BERNAMA

Gambar-gambar persediaan kakitangan KKM serta pasukan Bomba dan Penyelamat di Unit Kecemasan Udara (ADU) KLIA sebelum pesawat khas dari Wuhan mendarat.