Rabu, 17 April 2019 | 9:12pm
Angin kencang membadai negeri Rajasthan, Gujarat dan Madhya Pradesh menyebabkan tembok penahan runtuh, pokok dan tiang elektrik tumbang. Ribut itu turut menjadi punca kematian sekurang-kurangnya 25 orang di Pakistan minggu ini. -Foto Agensi
Angin kencang membadai negeri Rajasthan, Gujarat dan Madhya Pradesh menyebabkan tembok penahan runtuh, pokok dan tiang elektrik tumbang. Ribut itu turut menjadi punca kematian sekurang-kurangnya 25 orang di Pakistan minggu ini. -Foto Agensi

35 maut akibat ribut petir di India

NEW DELHI: Kejadian ribut petir di barat India menyebabkan sekurang-kurangnya 35 orang maut dan meninggalkan sejumlah kerosakan besar, kata pihak berkuasa hari ini.

Angin kencang membadai negeri Rajasthan, Gujarat dan Madhya Pradesh menyebabkan tembok penahan runtuh, pokok dan tiang elektrik tumbang. Ribut itu turut menjadi punca kematian sekurang-kurangnya 25 orang di Pakistan minggu ini.

Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh di negeri gersang Rajasthan, di mana ribut debu membadai beberapa bandar. Tambahan 10 lagi terbunuh di negeri berjiran Gujarat sementara 15 lagi di negeri tengah Madhya Pradesh, kata perkhidmatan kecemasan.

Pihak berkuasa berkata, mangsa disambar petir, ditimpa pokok tumbang atau terkena renjatan elektrik. Angin kencang dan hujan tiba-tiba turut melanda ibu kota ini, menyebabkan suhu musim panas turun sehingga 10 darjah Celsius.

Ribut itu memaksa pembatalan beberapa perhimpunan politik ketika berlangsungnya pilihan raya nasional. Angin menerbangkan khemah yang sepatutnya digunakan untuk perhimpunan Perdana Menteri Narendra Modi di Himmatnagar di Gujarat.

Lebih 125 orang terbunuh dalam gelombang serangan ribut membadai negeri utara India Mei tahun lalu. -AFP

Berita Harian X