Rabu, 12 Julai 2017 | 11:19am

Tingkap di 3 wad HUSM pecah akibat ribut

HOSPITAL Universiti Sains Malaysia.
HOSPITAL Universiti Sains Malaysia.

KOTA BHARU: Tiga wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini rosak selepas ribut melanda daerah ini petang semalam.

Bagaimanapun, Pengarah HUSM, Profesor Dr Ahmad Sukari Halim, berkata dalam kejadian pada jam 7.30 petang itu, tiada pesakit yang mengalami kecederaan.

"Pada jam 7.30 petang semalam berlaku kejadian ribut di kawasan HUSM yang menyebabkan kerosakan tingkap di wad 2 Selatan, 3 Selatan dan 6 Selatan.

"Pihak hospital sudah memindahkan pesakit dari wad berkenaan ke tempat yang lebih selamat mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Pihak pengurusan HUSM mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan pesakit berada didalam keadaan yang selamat," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Berita Harian X