Ahad, 9 Julai 2017 | 12:52pm

Lelaki maut kereta langgar pokok

KEADAAN kereta mangsa yang maut selepas kenderaan itu terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 23.5 Jalan Tampin-Gemas di Gemencheh, awal pagi tadi.- Foto ihsan Polis
KEADAAN kereta mangsa yang maut selepas kenderaan itu terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 23.5 Jalan Tampin-Gemas di Gemencheh, awal pagi tadi.- Foto ihsan Polis

GEMENCHEH: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 23.5 Jalan Tampin-Gemas, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak, berkata dalam kejadian jam 3.40 pagi berhampiran Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS) itu, Mohd Zubir Mat Saman, 44, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala dan badan.

"Siasatan awal mendapati, mangsa berasal dari FELDA Bukit Rokan, di sini, memandu seorang diri dari arah Tampin menuju ke Gemencheh, sebelum keretanya hilang kawalan ke laluan bertentangan dan merempuh pokok di tepi jalan," katanya, di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X