Rabu, 28 Jun 2017 | 1:04pm
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta di Kilometer 280.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara.- Foto ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta di Kilometer 280.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara.- Foto ihsan Bomba
KERETA PROTON Persona yang terbakar di Kilometer 280.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara.- Foto ihsan Bomba
KERETA PROTON Persona yang terbakar di Kilometer 280.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara.- Foto ihsan Bomba

Kereta terbakar, 2 beranak sempat keluar

BANDAR BARU NILAI: Dua beranak cemas apabila kereta yang mereka naiki, tiba-tiba terbakar di Kilometer 280.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian di lebuh raya arah utara, kira-kira jam 6.30 pagi itu, kereta PROTON Persona dipandu R Yugeswari, 33, bersama ibunya yang berusia 64 tahun dalam perjalanan dari Port Dickson ke Subang Jaya, Selangor.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fauzi Shamir, berkata Yugeswari memberitahu beliau ternampak asap dari bahagian enjin ketika memandu.

"Beliau segera memberhentikan kereta di lorong kecemasan dan tidak lama kemudian, kereta itu terbakar," katanya.

Beliau berkata, bomba tiba pada jam 7.13 pagi dan mendapati sebuah kereta di lorong kecemasan lebuh raya terbakar, manakala pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.

Mohd Fauzi berkata, anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadamkan kebakaran yang memusnahkan kira-kira 80 peratus kereta itu.

Katanya, punca kebakaran itu masih disiasat, manakala kejadian itu menyebabkan kesesakan sejauh kira-kira dua kilometer.

Berita Harian X