Selasa, 27 Jun 2017 | 7:16pm

Lemas ketika cari belangkas

Suhaimi lemas ketika keluar mencari belangkas di perairan pantai Pulau Ketam, dekat Kuala Perlis, petang tadi - Foto ihsan keluarga mangsaIHSAN KELUARGA MANGSA
Suhaimi lemas ketika keluar mencari belangkas di perairan pantai Pulau Ketam, dekat Kuala Perlis, petang tadi - Foto ihsan keluarga mangsaIHSAN KELUARGA MANGSA

KANGAR: Seorang lelaki lemas ketika keluar mencari belangkas di kawasan perairan pantai Pulau Ketam, dekat Kuala Perlis, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, Suhaimi Abdul Majid, 31, bersama seorang rakan mengharungi air cetek di kawasan terbabit untuk mencari belangkas.

Jurucakap polis berkata, paras air dikatakan meningkat secara tiba-tiba apabila berlaku air pasang.

"Rakan mangsa sempat menyelamatkan diri.

"Mangsa yang terkapai-kapai dihanyutkan air pasang cuba dibantu oleh rakannya namun tidak berjaya.

"Mayat mangsa ditemui penduduk kampung dan kemudian dibawa ke Balai Polis Kuala Perlis sebelum dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat," katanya.

Berita Harian X