Jumaat, 26 Mei 2017 | 6:18am
ANTARA pengunjung dan pelayan wanita yang diperiksa dalam serbuan ke atas 2 premis hiburan di Bukit Bintang, ibu negara, tengah malam tadi.

Premis hiburan diserbu ketika pelanggan asyik berhibur

ANTARA pengunjung dan pelayan wanita yang diperiksa dalam serbuan ke atas 2 premis hiburan di Bukit Bintang, ibu negara, tengah malam tadi.
ANTARA pengunjung dan pelayan wanita yang diperiksa dalam serbuan ke atas 2 premis hiburan di Bukit Bintang, ibu negara, tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar pelanggan dan pelayan dua premis hiburan di Bukit Bintang, di sini, terkejut apabila mereka diserbu pasukan penguat kuasa pelbagai agensi kerajaan ketika sedang asyik berhibur, tengah malam tadi.

Dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) oleh Kementerian Wilayah Persekutuan itu, sebahagian besar pelayan dan pengunjung dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah serta meminum arak bagi individu beragama Islam.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk M Noor Azman Taib, berkata hasil pemeriksaan sejam pertama dalam operasi bermula jam 12.30 tengah malam itu, lapan individu dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah manakala 20 lagi individu beragama Islam dikesan meminum arak.

ANTARA pengunjung dan pelayan wanita yang diperiksa dalam serbuan ke atas 2 premis hiburan di Bukit Bintang, ibu negara, tengah malam tadi. **286615
ANTARA pengunjung dan pelayan wanita yang diperiksa dalam serbuan ke atas 2 premis hiburan di Bukit Bintang, ibu negara, tengah malam tadi. **286615

"Jadi cuba lihat kita baharu saja menjalankan ujian air kencing dan meminum minuman keras namun sudah ramai pelanggan dan pelayan dikesan terbabit dalam masalah sosial.

"Jumlah ini mungkin bertambah apabila operasi ini selesai dan kita juga turut akan mengambil tindakan ke atas pemilik kedua-dua premis hiburan ini yang masih melakukan pelbagai kesalahan meskipun sudah diserbu berulang kali, " katanya kepada pemberita ketika serbuan dijalankan.

Katanya, hasil pemeriksaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) premis hiburan berkenaan mampu memperoleh pendapatan sehingga lebih RM1 juta sebulan, berdasarkan rekod yang diterima.

"Jumlah ini adalah besar dan berkemungkinan ia dipercayai turut membabitkan hasil pendapatan dari elemen yang salah namun siasatan akan dijalankan," katanya.

Katanya, Ops BAH siri ke-36 malam tadi bukanlah yang terakhir disebabkan bulan puasa yang bakal tiba esok, namun akan diadakan terus berdasarkan aduan dari orang ramai khususnya warga Wilayah Persekutuan.

Ops BAH berkenaan membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL); Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Imigresen, LHDN, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Sehingga awal pagi tadi pemeriksaan dan ujian air kencing masih dilakukan.

Berita Harian X