Isnin, 1 Mei 2017 | 11:58am

2 beradik ditahan edar dadah

MOHD Jaafar Juman. - Foto Aizuddin Saad
MOHD Jaafar Juman. - Foto Aizuddin Saad

TAMPIN: Polis menahan dua beradik yang dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar daerah ini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak, berkata dua beradik berusia 22 dan 26 tahun itu ditahan pada jam 11.30 malam oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di lobi sebuah hotel, di sini.

Katanya, pemeriksaan terhadap dua lelaki itu menemui lima paket plastik lutsinar disyaki heroin seberat 5.76 gram dan dua tiub straw dadah sama seberat 0.26 gram, serta satu paket plastik lutsinar dan satu tiub straw syabu seberat 0.43 gram.

"Siasatan awal mendapati mereka dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak enam bulan lalu," katanya di sini, hari ini.

Hamazah berkata, ujian saringan air kencing terhadap mereka adalah positif dan akan direman esok mengikut Seksyen 39A(2), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Berita Harian X