Ahad, 30 April 2017 | 11:04am

Jenazah pelajar lemas selamat dikebumikan

Bapa kepada Danial Norman, Norisham Norpurah (kiri) ditemani isteri menjirus air mawar kepusara anaknya sejurus selesai pengebumian di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Ganang, Petagas. Danial Norman bersama dua rakan, Qusairi Jakaria dan Hafiz Hamizan Rahman ditemui lemas ketika mengikuti aktiviti kembara hutan di Membakut Lake Eco Resort, Beaufort, pagi semalam. - Foto Mohd Adam Arinin

PETAGAS: Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan, Danial Norman Norisham, 16, yang lemas ketika mengikuti perkhemahan di pusat peranginan di Membakut, pagi semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Ganang, di sini, sebentar tadi.

Jenazah Danial selamat dikebumikan pada jam 10 pagi tadi dengan dihadiri kira-kira 100 orang membabitkan ahli keluarga, guru, rakan sekolah dan penduduk kampung.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi semalam, Danial bersama dua lagi rakannya adalah iaitu Hafiz Hamizan Rahman, 16, dan Quzaimi Jakaria, 17, turut lemas ketika melakukan aktiviti melalui laluan berair di sekitar resort berkenaan.

Bapa kepada Danial Norman, Norisham Norpurah mengetuai bacaan doa dipusara anaknya ketika pengebumian dijalankan di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Ganang, Petagas. Danial Norman bersama dua rakan, Qusairi Jakaria dan Hafiz Hamizan Rahman ditemui lemas ketika mengikuti aktiviti kembara hutan di Membakut Lake Eco Resort, Beaufort, pagi semalam. - Foto Mohd Adam Arinin

Tiga pelajar lemas terbabit mengikuti program itu bersama 117 pelajar lain terdiri daripada pelajaran tingkatan empat dan lima SMK Putatan berserta 30 guru pengiring.

Semua 120 pelajar berkenaan dibahagikan kepada 10 kumpulan dengan 12 pelajar setiap kumpulan bagi aktiviti 'trek' termasuk di laluan berair.

Kumpulan Allahyarham Danial adalah kumpulan terawal melakukan aktiviti itu dan tujuh daripada mereka dipercayai tergelincir ke dasar sungai sebelum empat termasuk dua pelajar perempuan terselamat.

Tiga mangsa meninggal dunia dan empat terselamat dirawat di Hospital Beaufort.

Berita Harian X