Ahad, 16 April 2017 | 4:28pm
KENDERAAN pacuan empat roda dinaiki mangsa terbabas lalu melanggar tiang elektrik sebelum tercampak ke dalam semak di kilometer 40 Jalan Keningau - Sook, Keningau. - Foto ihsan polis
KENDERAAN pacuan empat roda dinaiki mangsa terbabas lalu melanggar tiang elektrik sebelum tercampak ke dalam semak di kilometer 40 Jalan Keningau - Sook, Keningau. - Foto ihsan polis

Pemandu 4WD maut, adik dan sepupu cedera

KENDERAAN pacuan empat roda dinaiki mangsa terbabas lalu melanggar tiang elektrik sebelum tercampak ke dalam semak di kilometer 40 Jalan Keningau - Sook, Keningau. - Foto ihsan polis
KENDERAAN pacuan empat roda dinaiki mangsa terbabas lalu melanggar tiang elektrik sebelum tercampak ke dalam semak di kilometer 40 Jalan Keningau - Sook, Keningau. - Foto ihsan polis

KENINGAU: Seorang lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum terhumban ke dalam semak di Kilometer 40 Jalan Keningau - Sook, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, pemandu Isuzu DMax, Jeaffery Junior, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah manakala adik dan sepupunya berusia 18 dan 25 tahun cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Ahmad Jawila, berkata kejadian dipercayai berlaku selepas kenderaan dipandu mangsa dari arah Keningau ke Nabawan hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan merempuh tiang elektrik sebelum terhumban ke dalam semak.

"Pemandu kenderaan tersepit dan meninggal dunia manakala penumpang hadapan yang tercampak keluar hanya cedera ringan. Turut cedera ringan ialah seorang penumpang belakang," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X