Jumaat, 24 March 2017 | 2:05pm

5 didakwa membunuh

LIMA lelaki (berbaju putih) didakwa di Mahkamah Majistret Tampin hari ini, atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini. - Foto Khairul Najib Asarulah Khan
LIMA lelaki (berbaju putih) didakwa di Mahkamah Majistret Tampin hari ini, atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini. - Foto Khairul Najib Asarulah Khan

TAMPIN: Lima lelaki termasuk seorang pemilik sebuah kedai pakaian didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh seorang lelaki awal, bulan ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Shahnizam Ali, 37; Mohd Hadzri Mohd Daud, 35; Muhammad Shah Daniel Abdullah, 34; Khairil Azhar Md Ali dan Nazri Jamaluddin, masing-masing 32 tahun, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membunuh Nor Ridzuan Jamaluddin, 27, di sebuah kedai pakaian di Jalan Batu KM1 Tampin-Seremban di sini, jam 5 pagi pada 11 Mac lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 35 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan P Puspa Rani manakala semua tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad.

Majistret menetapkan 28 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Berita Harian X