Jumaat, 17 Februari 2017 | 1:53pm

Ganja dalam kereta

 KETUA polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh (kanan) menunjukkan dadah jenis ganja yang berjaya dirampas oleh pihak polis di IPD Polis Seremban, Negeri Sembilan. - Foto Adzlan Sidek
KETUA polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh (kanan) menunjukkan dadah jenis ganja yang berjaya dirampas oleh pihak polis di IPD Polis Seremban, Negeri Sembilan. - Foto Adzlan Sidek

SEREMBAN: Polis merampas dua kilogram (kg) ganja dari sebuah kereta dinaiki tiga lelaki dalam sekatan jalan raya di Jalan Tampin-Seremban di sini, semalam.

Turut dirampas dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu ialah alat penimbang, pemotong, plastik dan papan yang dipercayai digunakan untuk pembungkusan dadah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata tiga lelaki yang ditahan berusia antara 25 hingga 32 tahun, dipercayai pengedar dadah di daerah ini.

BAHAN rampasan yang berjaya dirampas oleh pihak polis di IPD Polis Seremban, Negeri Sembilan.
BAHAN rampasan yang berjaya dirampas oleh pihak polis di IPD Polis Seremban, Negeri Sembilan.

Katanya, anggota bertugas di sekatan jalan raya itu menahan sebuah kereta Honda Accord dan pemeriksaan menemui dua ketul ganja mampat dibungkus dalam plastik di bawah tempat duduk penumpang hadapan.

"Ketiga-tiga suspek direman sehingga 22 Februari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini, hari ini.

Hock Poh berkata, semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau tetapi dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah sejak beberapa bulan lalu.

Berita Harian X