Rabu, 18 Januari 2017 | 11:41am

Dua lelaki ditahan, temui pisau 16sm 

Dua lelaki ditahan dalam operasi cegah samun dan ragut di Jalan Ampang, malam tadi.
Dua lelaki ditahan dalam operasi cegah samun dan ragut di Jalan Ampang, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki selepas menemui mereka dalam keadaan mencurigakan di Jalan Ampang, di sini, malam tadi.

Kedua-dua mereka yang berusia lingkungan 20-an ditahan sepasukan anggota yang melakukan rondaan cegah jenayah samun dan ragut di sekitar kawasan itu pada jam 10.20 malam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sukri Kaman, berkata pemeriksaan pada badan kemudian menemui sebilah pisau spring jenama MEINOU 702 sepanjang 16 sentimeter (sm) daripada seorang suspek.

"Semakan mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujian kencing juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah. Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1972.

Berita Harian X