Isnin, 16 Januari 2017 | 3:14pm
Jenazah Ahmad Aliff Izzuddin Mohd Zuki,21, yang maut selepas dilanggar sebuah kenderaan di Kilometer 118, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemasik, malam tadi. - Foto Rosli Ilham
Jenazah Ahmad Aliff Izzuddin Mohd Zuki,21, yang maut selepas dilanggar sebuah kenderaan di Kilometer 118, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemasik, malam tadi. - Foto Rosli Ilham

Pelajar kolej maut nahas motosikal

Motosikal Ahmad Aliff Izzuddin Mohd Zuki (gambar kecil), 21, remuk selepas dilanggar sebuah kenderaan di Kilometer 118, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemasik, malam tadi. - Foto Rosli Ilham
Motosikal Ahmad Aliff Izzuddin Mohd Zuki (gambar kecil), 21, remuk selepas dilanggar sebuah kenderaan di Kilometer 118, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemasik, malam tadi. - Foto Rosli Ilham

DUNGUN: Seorang pelajar kolej latihan industri maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 118, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemasik, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Ahmad Aliff Izzuddin Mohd Zuki, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas motosikal jenis Honda Dash ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta.

Mangsa kemudian dilanggar sebuah kenderaan lain dari belakang.

Pelajar tahun akhir Diploma Proses Instrumentasi dan Kawalan di German Malaysian Institut (GMI) Kampus Bangi itu dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk bertemu rakannya di sebuah pusat beli-belah tidak jauh dari tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Berita Harian X