Sabtu, 7 Januari 2017 | 8:33am

Penjenayah cuba serang polis cedera ditembak

KOTA KINABALU: Seorang penjenayah parah terkena dua das tembakan selepas cuba menyerang anggota polis di Taman Bukit Setia, Sepanggar di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, suspek berusia 35 tahun parah di bahagian bawah ketiak serta tulang rusuk kanan dan dihantar untuk rawatan ke Hospital Queen Elizabeth di sini, dengan keadaannya dilaporkan stabil.

Lokasi kejadian seorang suspek yang terlibat dalam beberapa kes samun, cedera parah ditembak anggota polis ketika cuba menyerang anggota polis di kawasan parkir di Taman Bukit Setia, Sepanggar, Kota Kinabalu. - Foto Mohd Adam Arinin

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata ketika kejadian tiga anggota unit cegah jenayah Balai Polis Manggatal menjalankan rondaan di kawasan parkir taman berkenaan sebelum terserempak dengan suspek dalam sebuah kereta Honda City.

"Sebaik memperkenalkan diri, suspek enggan memberi kerjasama menyebabkan polis terpaksa memecahkan cermin kereta di sebelah pemandu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra (tengah) menunjukkan senjata yang digunakan suspek untuk melakukan jenayah samun. Suspek cedera parah ditembak polis ketika anggota polis cuba mempertahankan diri dalam kejadian di kawasan parkir di Taman Bukit Setia, Sepanggar, Kota Kinabalu. - Foto Mohd Adam Arinin

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra menunjukkan gambar suspek yang terlibat dalam beberapa kes samun. Suspek cedera parah ditembak anggota polis ketika cuba menyerang anggota polis di kawasan parkir di Taman Bukit Setia, Sepanggar, Kota Kinabalu. - Foto Mohd Adam Arinin

"Dia kemudian bertindak agresif dengan mengambil sebilah parang dan cuba melibas anggota polis, menyebabkan salah seorang anggota melepaskan dua das tembakan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, sebentar tadi.

Chandra berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 20-an berhampiran lokasi yang dipercayai rakan suspek.

"Hasil siasatan awal, suspek yang ditembak itu terbabit dalam 13 kes samun, rompak, curi kenderaan dan pecah rumah, termasuk kes terbaru di Keningau, semalam.

"Suspek terbabit juga disyaki dalang utama kepada kumpulan penjenayah dikenali Geng Saldi yang aktif melakukan jenayah sejak Disember lalu," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Anggota polis berada dilokasi kejadian tembak seorang suspek yang terlibat dalam beberapa kes samun didalam sebuah kenderaan di kawasan parkir di Taman Bukit Setia, Sepanggar, Kota Kinabalu. - Foto Adam Arinin

Berita Harian X