Rabu, 28 Disember 2016 | 7:19pm
Mangsa yang cedera diberi rawatan awal dalam kemalangan berhampiran R&R Sungai Perak lebuhraya utara selata n petang tadi. - Gambar ihsan Bomba
Mangsa yang cedera diberi rawatan awal dalam kemalangan berhampiran R&R Sungai Perak lebuhraya utara selata n petang tadi. - Gambar ihsan Bomba

8 sekeluarga cedera, MPV terbabas

Keadaan MPV yang remuk selepas terbabas berhampiran R&R Sungai Perak di lebuhraya utara selatan petang tadi. - Gambar ihsan Bomba
Keadaan MPV yang remuk selepas terbabas berhampiran R&R Sungai Perak di lebuhraya utara selatan petang tadi. - Gambar ihsan Bomba

KUALA KANGSAR: Lapan termasuk dua kanak-kanak cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di Kilometer 245.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak, di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 2.40 petang, dua lelaki, empat wanita dan dua kanak-kanak berusia antara empat tahun hingga 60-an menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang cedera, dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Khairi Anuar Shaharuddin, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 2.43 petang.

Keadaan MPV yang remuk selepas terbabas berhampiran R&R Sungai Perak di lebuhraya utara selatan petang tadi. - Gambar ihsan Bomba
Keadaan MPV yang remuk selepas terbabas berhampiran R&R Sungai Perak di lebuhraya utara selatan petang tadi. - Gambar ihsan Bomba

"Kenderaan berkenaan dipercayai terbabas sendiri sebelum merempuh pembahagi lebuh raya di laluan kiri yang juga jambatan dengan enam mangsa berada di tempat kejadian manakala dua lagi sudah dihantar ke hospital menaiki kenderaan orang awam.

"Berdasarkan maklumat, dua mangsa yang dihantar ke Hospital Kuala Kangsar oleh orang awam adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan empat tahun yang dipercayai tercampak keluar dari kenderaan dinaiki sebelum terjatuh dari jambatan ke jalan raya di bawah setinggi kira-kira 20 meter, selain ibunya yang turut cedera," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pasukan itu bersama agensi penyelamat lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihak perubatan membantu memberi rawatan awal kepada enam mangsa yang masih berada di tempat kejadian.

Katanya, seorang mangsa lelaki berusia 60-an pengsan sebelum dihantar ke HRPB untuk rawatan lanjut.

Berita Harian X