Khamis, 10 November 2016 | 11:38am
SENJATA yang ditemui dalam kenderaan pacuan empat roda suspek di FELDA Jelai 1, Gemas.
SENJATA yang ditemui dalam kenderaan pacuan empat roda suspek di FELDA Jelai 1, Gemas.
KEADAAN motosikal yang dilanggar suspek di FELDA Jelai 1, Gemas.
KEADAAN motosikal yang dilanggar suspek di FELDA Jelai 1, Gemas.

Suspek ganas cuba langgar polis

SUSPEK yang ditahan di FELDA Jelai 1, Gemas.
SUSPEK yang ditahan di FELDA Jelai 1, Gemas.

TAMPIN: Seorang lelaki ditahan selepas cuba menghalang tugas anggota polis di Gemas dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak, berkata lelaki berusia 43 tahun dari Melaka itu, ditahan jam 3.45 pagi dalam Ops Kesan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.

Katanya, polis yang menerima aduan orang ramai mengenai lelaki itu pergi ke sebuah rumah di FELDA Jelai 1, dan sebaik tiba mendapati suspek berada dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta di hadapan rumah itu.

"Apabila polis memperkenalkan diri dan mahu membuat pemeriksaan, suspek cuba melarikan diri dengan memandu kenderaan pacuan empat roda secara melulu dan cuba melanggar anggota polis.

"Suspek kemudian melanggar sebuah motosikal milik anggota polis hingga rosak. Ketika polis hendak menahannya, dia cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan dengan anggota polis," katanya di sini, hari ini.

Hamazah berkata, polis menemui selaras senapang angin buatan sendiri, sebilah parang panjang dan sebatang kayu rotan dalam kenderaannya, manakala siasatan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 8 Akta Senjata Api.

Berita Harian X