Selasa, 1 November 2016 | 10:27am
Sebahagian daripada gambar kenangan Andrew Gaskel, 26, di Sarawak sebelum kehilangannya.
Sebahagian daripada gambar kenangan Andrew Gaskel, 26, di Sarawak sebelum kehilangannya.

Anjing bantu kesan pelancong Australia

Sebahagian daripada gambar kenangan Andrew Gaskel, 26, di Sarawak sebelum kehilangannya.
Sebahagian daripada gambar kenangan Andrew Gaskel, 26, di Sarawak sebelum kehilangannya.

MULU: Khidmat anjing pengesan turut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat pelancong Australia yang dilaporkan hilang di Taman Negara Mulu, hari ini.

Dua anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan Polis dihantar ke taman itu untuk membantu operasi yang kini sudah lebih seminggu.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong, berkata jumlah anggota yang terbabit dalam operasi itu juga ditambah kepada 63 orang.

"Ia termasuk 17 anggota bomba dan penyelamat, 12 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), sebelas anggota polis dan selebihnya Sarawak Forestry Corperation dan anggota keluarga mangsa yang turut berada di Sarawak," katanya di sini, sebentar tadi.

Law berkata, kawasan operasi turut diperluaskan ke lokasi lain yang berkemungkinan turut dikunjungi pelancong atau mangsa yang hilang. Andrew Gaskel, 26, hilang di Taman Negara Mulu selepas gagal dikesan rakannya hujung bulan lalu.

Taman Negara Mulu adalah satu daripada tujuh Tapak Warisan Dunia yang mempunyai keluasan 544 kilometer persegi.

Berita Harian X