Jumaat, 21 Oktober 2016 | 4:53pm

Remaja maut rempuh bas kilang

KEADAAN motosikal mangsa yang merempuh sebuah bas kilang yang sedang berhenti menurunkan penumpang di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Melaka, tengah malam tadi.
KEADAAN motosikal mangsa yang merempuh sebuah bas kilang yang sedang berhenti menurunkan penumpang di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Melaka, tengah malam tadi.

MELAKA: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah bas kilang yang sedang berhenti menurunkan penumpang di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), di sini, tengah malam tadi.

Mangsa, Azmien Abdullah dari Kampung Paya Rumput disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan leher dalam kejadian, kira-kira jam 12.05 tengah malam itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Mohd Kamal Zainal, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian, kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan dari persimpangan lampu isyarat Cheng Perdana ke persimpangan lampu isyarat Bertam Hulu, di sini.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda Wave ditunggangi mangsa secara tiba-tiba merempuh belakang bas kilang berkenaan, yang sedang berhenti menurunkan penumpang.

"Akibat rempuhan kuat itu, mangsa yang juga pekerja sebuah syarikat swasta di negeri ini mati di tempat kejadian,"katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Mohd Kamal berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X