Selasa, 20 September 2016 | 6:58pm

Pekerja pasar raya maut digilis treler

PENUNGGANG motosikal maut selepas digilis treler di Jalan Sungai Nibong-Jawi tengah hari tadi.
PENUNGGANG motosikal maut selepas digilis treler di Jalan Sungai Nibong-Jawi tengah hari tadi.

NIBONG TEBAL: Seorang pekerja pasar raya maut digilis motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah treler di Jalan Besar Sungai Jawi di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada jam 12.10 tengah hari itu, mangsa, Nur Akmah Abdullah, 46, yang bekerja di Pasaraya Mydin, Parit Buntar, Perak maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafee Abdul Samad, berkata mangsa dipercayai menunggang motosikal dari arah Nibong Tebal menuju ke Jawi sebelum dihimpit treler berkenaan.

"Motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai bergesel dengan treler menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan raya sebelum digilis.

"Pemandu treler berusia 40-an kini dalam proses membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk proses bedah siasat.

Berita Harian X