Ahad, 28 Ogos 2016 | 11:54am

Penganggur ditahan selepas meragut

PDRM logo
PDRM logo

KAJANG: Polis menahan seorang penganggur selepas meragut seorang wanita yang baru mengeluarkan wang bagi membayar gaji pekerjanya dari sebuah bank di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata suspek berusia 23 tahun ditahan dengan bantuan orang awam yang mengejarnya selepas meragut beg tangan mangsa dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin.

"Di dalam beg itu ada wang tunai RM18,950, telefon bimbit serta dokumen peribadi mangsa. Wanita itu bernasib baik kerana seorang lelaki Bangladesh mengejar dan seterusnya berjaya menahan suspek sebelum menyerahkannya kepada polis.

"Lelaki terbabit turut menyerahkan beg tangan milik mangsa kepada polis. Suspek kini direman enam hari sehingga 1 September ini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Berita Harian X