Sabtu, 27 Ogos 2016 | 8:24am
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui rentung dalam bilik air rumah berkenaan.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui rentung dalam bilik air rumah berkenaan.

2 beradik ditemui rentung

ANGGOTA bomba bertungkus lumus memadamkan api membabitkan kebakaran sebuah rumah di Batu 27, Jalan Keningau-Tenom, di Keningau.
ANGGOTA bomba bertungkus lumus memadamkan api membabitkan kebakaran sebuah rumah di Batu 27, Jalan Keningau-Tenom, di Keningau.

KENINGAU: Dua beradik perempuan ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Batu 27 Jalan Keningau-Tenom di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Jaslina Sim Suk Fah, 12, dan Vanessa Sim @ Suk Ling, 15, ditemui dalam keadaan berpelukan dalam bilik air rumah berkenaan.

Mangsa dipercayai terperangkap dalam rumah berkenaan ketika kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Mudi Pangiran, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.13 pagi dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, rumah itu sudah terbakar 70 peratus dan kami dimaklumkan ada dua mangsa terperangkap dalam rumah.

"Anggota bomba menemui mayat mangsa dalam keadaan berpelukan di bilik kira-kira jam 3 pagi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi tamat pada jam 3.40 pagi.

"Mayat diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Keningau," katanya.

Operasi memadam api membabitkan 11 anggota bersama dua jentera dan sebuah kenderaan utiliti.

Berita Harian X