Rabu, 24 Ogos 2016 | 2:49pm

Warga emas balik klinik maut kemalangan

KEADAAN motosikal milik Abd Hamid Mohamed yang terbabas dan melanggar tiang elektrik di hadapan Masjid Jamek Batu 14, Kuala Kurau, Bagan Serai, pagi tadi. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
KEADAAN motosikal milik Abd Hamid Mohamed yang terbabas dan melanggar tiang elektrik di hadapan Masjid Jamek Batu 14, Kuala Kurau, Bagan Serai, pagi tadi. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

BAGAN SERAI: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang elektrik di hadapan Masjid Jamek Batu 14, Kuala Kurau, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian 11.40 pagi itu, Abd Hamid Mohamed, 75, dikatakan dalam perjalanan pulang ke  rumah selepas melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Kuala Kurau.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki, dikatakan terbabas sendiri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

Berita Harian X