Selasa, 2 Ogos 2016 | 12:55pm

Penapis minyak enjin tiruan dirampas

PEMBEKAL alat ganti kenderaan menyimpan penapis minyak enjin tiruan menggunakan jenama PROTON, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Selangor menyerbu premis berkenaan di Bandar Puchong Utama, petang semalam. - Foto ihsan KPDNKK

SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor menyerbu sebuah premis pembekal alat ganti kenderaan yang menyimpan penapis minyak enjin tiruan menggunakan jenama PROTON.

Serbuan ke premis di Bandar Puchong Utama kira-kira jam 2.30 petang semalam dibuat hasil maklumat PROTON selaku pemegang asal cap dagangan produk terbabit.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Abdul Rosik Yakub, berkata serbuan oleh empat pegawai dan anggota itu merampas 70 penapis minyak tiruan bernilai RM652.

"Tiada tangkapan dibuat dan semua barangan yang dirampas dibawa ke stor simpanan KPDNKK untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011.

"Jika sabit kesalahan, individu yang menjual barangan tiruan boleh dikenakan denda RM10,000 bagi setiap barangan dijual, penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Bagi syarikat, katanya, tindakan boleh dikenakan ialah denda RM15,000 bagi setiap barangan untuk kesalahan pertama dan RM30,000 setiap barangan untuk kesalahan kedua.

Berita Harian X