Selasa, 12 Julai 2016 | 4:10pm
Kesen kemek kereta jiran seorang peniaga kedai runcit yang nyaris maut apabila diserang dua penjenayah yang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan rumahnya di Taman Seri Fajar, di sini, malam tadi.

Peniaga kedai runcit nyaris maut ditembak

Kawasan rumah peniaga sebuah kedai runcit yang nyaris maut apabila diserang dua penjenayah yang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan rumahnya di Taman Seri Fajar, di sini, malam tadi.
Kawasan rumah peniaga sebuah kedai runcit yang nyaris maut apabila diserang dua penjenayah yang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan rumahnya di Taman Seri Fajar, di sini, malam tadi.

BATU PAHAT: Seorang peniaga kedai runcit nyaris maut apabila diserang dua penjenayah yang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan rumahnya di Taman Seri Fajar, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Cheng,40, bersama seorang pembantunya ketika itu berada di dalam kenderaan Mitsubishi Triton sebelum diserang seorang lelaki yang menaiki kereta PERODUA Myvi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata bagaimanapun tembakan berkenaan tidak terkena pada sasarannya.

"Siasatan awal mendapati mangsa diekori penjenayah ketika sedang dalam perjalanan pulang dari kedai runcitnya di Semerah ke rumahnya di Taman Seri Fajar.

"Sebaik tiba di depan rumah, seorang suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa yang masih dalam kenderaan.

"Bagaimanapun, mangsa bertindak pantas dengan mengundurkan kenderaan bagi melanggar bahagian hadapan kereta suspek sebelum kedua-dua penjenayah itu melarikan diri.

"Mangsa cedera di bahagian tangan kanan akibat hentakan ketika dalam kenderaan dan kini dirawat di Hospital Putra Batu Pahat," katanya.

Abdul Wahib berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Berita Harian X