Sabtu, 2 Julai 2016 | 1:04am
KEADAAN kereta mangsa yang terbakar selepas melanggar tiang lampu di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Balai Polis malim, Melaka, malam ini. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
KEADAAN kereta mangsa yang terbakar selepas melanggar tiang lampu di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Balai Polis malim, Melaka, malam ini. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

2 rentung kereta rempuh tiang lampu, terbakar

KEADAAN kereta mangsa yang terbakar selepas melanggar tiang lampu di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Balai Polis malim, Melaka, malam ini. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
KEADAAN kereta mangsa yang terbakar selepas melanggar tiang lampu di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Balai Polis malim, Melaka, malam ini. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

MELAKA: Dua rentung manakala dua lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki melanggar tiang lampu sebelum terbakar di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Balai Polis Malim, di sini, malam ini.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 8.30 malam, dua mangsa yang juga penumpang belakang kereta PROTON Iswara Aeroback ditemui rentung di lokasi kejadian, manakala dua lagi rakannya iaitu pemandu dan penumpang hadapan berjaya keluar dari kenderaan dan dikejarkan ke Hospital Melaka (HM), di sini, untuk rawatan.

Difahamkan, kereta PROTON Iswara Aeroback yang dikatakan dalam perjalanan dari pusat bandar Melaka menghala ke Malim dan hilang kawalan sebelum merempuh tiang lampu dan terbakar.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Baharudin Ismail, berkata sebuah jentera, sebuah EMRS bersama sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

"Bomba mengambil masa lebih satu jam untuk mengeluarkan dua mangsa yang rentung di dalam kereta sebelum menyerahkannya kepada polis," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Hingga jam 11.30 malam ini, identiti dua mangsa yang rentung masih belum diketahui. Mayat mangsa dihantar ke HM untuk bedah siasat.

Berita Harian X