Khamis, 26 Mei 2016 | 1:20pm

Naib Ketua Pemuda Amanah diarah bela diri

NAIB Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (tengah), ketika ketika hadir di mahkamah di atas pertuduhan mengeluarkan perkataan manghasut dalam siri protes jalanan "KitaLawan" di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut dalam siri protes jalanan #KitaLawan, tahun lalu.

Hakim Shamsudin Abdullah memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim berjaya membuktikan kes 'prima facie' terhadap tertuduh yang dulunya ialah bekas bendahari Pemuda PAS.

Tertuduh yang diwakili peguam bela, Ariff Azami Hussien memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah.

Sebelum ini Fakhrulrazi didakwa menyebut kata-kata menghasut di hadapan Kompleks Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 4.30 petang, 21 Februari 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 28 Jun depan untuk tertuduh bela diri.

Berita Harian X