Jumaat, 15 April 2016 | 9:57pm

Mayat wanita ditemui terapung dalam sungai

MAYAT seorang wanita ditemui terapung dalam sebuah sungai di Flet Bagan Lalang, Butterworth, petang tadi.
MAYAT seorang wanita ditemui terapung dalam sebuah sungai di Flet Bagan Lalang, Butterworth, petang tadi.

BUTTERWORTH: Mayat seorang wanita ditemui terapung dalam sebuah sungai di Flet Bagan Lalang di sini, petang tadi.

Mayat yang pada awalnya disangka sampah itu, ditemui sekumpulan penduduk yang kebetulan berada di kawasan berkenaan, kira-kira jam 6.45 petang.

Bagaimanapun mereka terkejut apabila mendapati objek terapung berkenaan ialah mayat wanita berusia lingkungan 50-an yang lengkap berpakaian, ditemui dalam keadaan terlentang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Azmi Adam, berkata penduduk sekitar kawasan itu kemudian menghubungi polis untuk melaporkan penemuan mayat itu.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah yang dikesan pada badan mangsa. Malah, kita tidak menemui sebarang senjata sekitar lokasi mayat itu ditemui," katanya.

Mayat berkenaan dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, untuk dibedah siasat.

Berita Harian X