Jumaat, 15 April 2016 | 5:28pm

Dadah RM45,000 dirampas, wanita China ditahan

KETUA Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor bersama anggotanya menunjukkan dadah yang dirampas di sebuah kondominium di Perai pada sidang media di Bukit Mertajam, sebentar tadi. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga China selepas dipercayai mengedar dadah bernilai RM45,000 di sebuah kondominium di Perai, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, berkata suspek berusia 24 dan 34 tahun itu ditahan selepas dipercayai mengedar pelbagai jenis dadah termasuk ketamine, ganja dan syabu di rumah berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 20 April ini.

Berita Harian X