Khamis, 31 March 2016 | 7:18pm
PELBAGAI senjata dan peluru milik sami yang dirampas.
PELBAGAI senjata dan peluru milik sami yang dirampas.

Sami ditahan miliki pelbagai senjata

KETUA Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang (dua dari kiri) menunjukkan senjata api yang dirampas.
KETUA Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang (dua dari kiri) menunjukkan senjata api yang dirampas.

TAMPIN: Seorang sami yang gemar memburu ditahan kerana memiliki pelbagai senjata tajam, senapang angin dan 399 butir peluru hidup di sebuah rumah di Tampin Estate, Batang Melaka dekat sini.

Dalam serbuan di rumah buruh lelaki berusia 35 tahun itu kira-kira jam 2 petang Selasa lalu, polis menemui senjata dan peluru dalam bilik air yang dijadikan stor serta sebuah almari pakaian.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata anggota polis turut menemui sebilah parang dan pedang serta dua bilah pisau rambo.

"Dia mendakwa semua barangan terbabit digunakan untuk memburu tetapi polis masih menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di sini, hari ini.

Kooi Cheang berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 2014.

Berita Harian X