Isnin, 25 Januari 2016 | 5:57pm
Seorang kontraktor ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di muka dan dada dalam kenderaannya, di Jalan Jinjang Selatan, di sini, petang tadi.
Seorang kontraktor ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di muka dan dada dalam kenderaannya, di Jalan Jinjang Selatan, di sini, petang tadi.

Lelaki maut ditembak di muka, dada

LOKASI kejadian seorang lelaki ditemui maut dalam kenderaannya selepas ditembak dari jarak dekat di Jalan Jinjang Selatan, Kuala Lumpur, petang tadi.
LOKASI kejadian seorang lelaki ditemui maut dalam kenderaannya selepas ditembak dari jarak dekat di Jalan Jinjang Selatan, Kuala Lumpur, petang tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di muka dan dada dalam kenderaannya, di Jalan Jinjang Selatan, di sini, petang tadi.

 

Dalam kejadian itu jam 2.10 petang, mangsa S Surya Kumar, 41, menaiki Mitsubishi Triton dikatakan melalui jalan sehala untuk ke kilang berhampiran kawasan itu sebelum didatangi dua kenderaan dari arah hadapan dan belakang mangsa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata mangsa cuba melarikan diri dengan mengundurkan kenderaannya, namun gagal selepas dihalang oleh kenderaan suspek.

 

"Suspek kemudian melepaskan tembakan di cermin hadapan dan penumpang sebelum dua kenderaan jenis Mitsubishi Triton dan Toyota Hilux melarikan diri ke arah Kepong.

 

"Suspek juga melanggar sebuah kereta jenis PROTON Persona yang diparkir berhampiran jalan berkenaan. Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui kelongsong peluru dan satu peluru hidup kira-kira 12 meter dari kereta mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Turut ditemui, beg dompet dan empat telefon bimbit milik mangsa.

 

Munusamy berkata, pihak foresik sudah ke lokasi bagi mengenal pasti punca kejadian.

 

"Kita sedang giat menjalankan operasi memburu suspek dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. 

Berita Harian X