KUALA LUMPUR: Tiga penganut Hindu yang menyertai rombongan berarak secara berjalan dari Senawang ke Batu Caves untuk sempena sambutan Thaipusam, maut dirempuh sebuah kereta di Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur berhampiran Seri Petaling di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, tiga lagi peserta dipercayai parah.
Kereta BMW yang merempuh keenam-enam mangsa, yang dipercayai dipandu seorang lelaki, meninggalkan tempat kejadian sejurus kemalangan itu.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Mangsa yang cedera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dirawat.