Isnin, 11 Januari 2016 | 4:48pm

Pasangan 'diraja Melaka' bebas dengan jaminan polis

PERSIAPAN majlis penganugerahan darjah kebesaran di Sungai Rambai, Jasin, Jumaat lalu. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
PERSIAPAN majlis penganugerahan darjah kebesaran di Sungai Rambai, Jasin, Jumaat lalu. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

JASIN: Pasangan suami isteri yang dipercayai merancang untuk menganjurkan majlis penganugerahan darjah kebesaran di Sungai Rambai, Jasin, Sabtu lalu dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Pasangan berusia dalam lingkungan 40-an itu direman empat hari bermula Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Sampornak Ismail, berkata polis membebaskan pasangan berkenaan, namun siasatan ke atas mereka masih diteruskan.

"Keluarga pasangan ini tampil menjamin malam tadi, namun mereka hanya dibebaskan dengan jaminan polis pada pagi ini," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

BH sebelum ini melaporkan pasangan itu ditahan polis di sebuah banglo di Sungai Rambai, jam 2 petang Khamis lalu susulan laporan orang ramai berhubung rancangan penganjuran majlis anugerah berkenaan.

Difahamkan, majlis dianjurkan wanita yang mendakwa dirinya 'Bonda Ratu' manakala suaminya dikatakan pewaris takhta Kesultanan Melayu Melaka.

Berita Harian X